Guru terima kertas bertulis ‘Zara’ daripada pelajar kehilangan duit

KOTA KINABALU – Saksi ke-61 dalam inkues kematian Zara Qairina Mahathir, Mohd Sham M Nasir, memberitahu Hakim Mahkamah Koroner beliau menerima secebis kertas bertulis nama ‘Zara’ susulan insiden kehilangan wang berjumlah RM20.

Mohd Sham yang juga guru mata pelajaran Geografi berkata, pada 14 Julai 2025, semasa beliau mengajar kelas 1 Fatimah terdapat seorang pelajar kelihatan sedih dan seakan-akan mahu menangis.

Menurutnya, pelajar berkenaan memaklumkan dompetnya yang diletakkan di atas meja telah hilang ketika pergi ke makmal, dengan wang tunai yang berjumlah RM20 ada di dalamnya.

“Saya kemudian bertanya kepada semua pelajar sama ada sesiapa mengetahui individu terakhir yang keluar dari kelas namun tiada maklum balas diterima.

“Saya telah menjalankan pemeriksaan mengejut atau ‘spot check’ terhadap semua pelajar yang hadir pada hari berkenaan, termasuk Zara Qairina.

“Pemeriksaan melibatkan beg sekolah, dompet serta poket seluar dan baju bagi pelajar lelaki, manakala bagi pelajar perempuan saya telah mengarahkan Penolong Ketua Kelas untuk membuat pemeriksaan,” katanya ketika memberi keterangan di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu, pada Jumaat.

Katanya lagi, pemeriksaan tersebut dijalankan selama kira-kira 10 hingga 15 minit, namun tidak menemui wang yang dilaporkan hilang.

Tambahnya, selepas selesai kelas dan beliau sedang berkemas untuk keluar dari kelas, pelajar yang kehilangan wang itu telah memberikan secebis kertas kepadanya.

“Apabila saya membuka kertas tersebut, tertulis perkataan ‘Zara’. Saya kemudian berdiri untuk keluar dari kelas dan menasihati pelajar berkenaan supaya tidak menuduh sesiapa tanpa bukti,” ujarnya.

Saksi turut memaklumkan, dua orang pelajar lain, termasuk seorang dikenali sebagai pelajar A, mengiyakan dakwaan yang dibuat.

“Salah seorang pelajar berkata, ‘iya cikgu, dia memang ada kes sebelum ini’,” katanya.

Menurut saksi, pelajar A pula mendakwa pernah mengalami kejadian sama.

“Pelajar A berkata, ‘saya pun pernah kehilangan duit cikgu, ratus. Saya pun rasa dia juga’,” ujarnya.

Related Posts

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

PUTATAN – Keperluan fasiliti sukan, dana program belia, kos sara hidup dan peluang pekerjaan antara isu utama disuarakan golongan belia Sabah untuk dipertimbangkan dalam Belanjawan Belia MADANI 2027. Timbalan Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis buru suspek curi Hilux di Perumahan Bukit Ubi

KUANTAN – Polis sedang mengesan seorang lelaki disyaki mencuri sebuah Toyota Hilux berwarna putih di Lorong Bukit Ubi 59, Perumahan Bukit Ubi di sini, petang kelmarin. Kenderaan itu dilaporkan hilang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

Hak mohon pengampunan milik setiap banduan, keputusan bukan di tangan kerajaan

Hak mohon pengampunan milik setiap banduan, keputusan bukan di tangan kerajaan

Anwar mahu dengar penjelasan Anthony sebelum putuskan peletakan jawatan

Anwar mahu dengar penjelasan Anthony sebelum putuskan peletakan jawatan

Perpaduan Melayu-Islam: Antara tuntutan agama dan kepentingan parti politik

Perpaduan Melayu-Islam: Antara tuntutan agama dan kepentingan parti politik