Krisis Tebing Barat: 37,000 rakyat Palestin dipaksa berpindah

LEBIH 37,000 rakyat Palestin dilaporkan kehilangan tempat tinggal di Tebing Barat yang diduduki sepanjang 2025, angka tertinggi pernah direkodkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), susulan peningkatan mendadak keganasan peneroka haram Israel.

Jurucakap PBB, Stephane Dujarric berkata, wilayah Palestin itu mencatatkan tahap pemindahan paksa dan keganasan peneroka yang belum pernah berlaku sebelum ini, berdasarkan laporan terbaharu Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan PBB (OCHA).

Menurutnya, sebahagian besar pemindahan paksa itu berpunca daripada operasi yang dijalankan di kem pelarian, khususnya di kawasan pentadbiran utara Tebing Barat.

“Sepanjang 2025, lebih 37,000 rakyat Palestin dipindahkan, kebanyakannya akibat operasi di kem pelarian,” katanya pada sidang media, Isnin, lapor Anadolu.

Dujarric berkata, OCHA turut merekodkan lebih 1,800 serangan oleh peneroka haram Israel terhadap rakyat Palestin di Tebing Barat sepanjang tahun lalu, yang mengakibatkan kematian, kecederaan atau kerosakan harta benda.

Beliau menyifatkan angka itu sebagai yang tertinggi pernah direkodkan PBB, sekali gus menandakan peningkatan tahunan selama sembilan tahun berturut-turut.

Menurut kumpulan berhaluan kiri Israel, Peace Now, lebih 500,000 peneroka haram Israel kini menetap di penempatan dan pos luar di Tebing Barat, manakala kira-kira 250,000 lagi tinggal di penempatan yang dibina di tanah Palestin di Baitulmaqdis Timur yang diduduki.

Serangan oleh peneroka haram Israel terhadap rakyat Palestin semakin memuncak sejak tercetusnya konflik di Gaza pada Oktober 2023.

Berdasarkan data pihak Palestin, sekurang-kurangnya 1,109 rakyat Palestin terbunuh di Tebing Barat termasuk Baitulmaqdis Timur, hampir 11,000 cedera, manakala lebih 21,000 lagi ditahan oleh tentera Israel dan peneroka haram sejak Oktober 2023.

Pada Julai 2024, Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) memutuskan bahawa pendudukan Israel ke atas wilayah Palestin adalah tidak sah di sisi undang-undang antarabangsa, serta menyeru pemindahan semua penempatan haram di Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur.

Related Posts

Penduduk jumpa fosil dinasour usia lebih 130 juta tahun

BANGKOK – Fosil dinosaur pemakan daging yang dipercayai berusia lebih 130 juta tahun ditemukan di Chaiyaphum, Thailand, sekali gus menjadi fosil dinosaur tertua pernah ditemui di wilayah itu. Menurut laporan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Arab Saudi sambut ketibaan lebih 19.5 juta jemaah haji, umrah sepanjang 2025

JEDDAH – Program Pengalaman Jemaah Arab Saudi mencatatkan pencapaian utama dalam meningkatkan perkhidmatan untuk jemaah dan penziarah pada 2025, dengan menyambut ketibaan lebih 19.5 juta jemaah haji dan umrah dari…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar puji tindakan AKPS sita kontena disyaki bawa dagangan ke Israel

Anwar puji tindakan AKPS sita kontena disyaki bawa dagangan ke Israel

Siasatan RCI TH tanpa kompromi, yang bersalah akan dikenakan tindakan – PM

Siasatan RCI TH tanpa kompromi, yang bersalah akan dikenakan tindakan – PM

Cuti sementara Nurul Izzah tidak jejas PKR – Fahmi

Cuti sementara Nurul Izzah tidak jejas PKR – Fahmi

Negara Arab banyak hancur kerana ekstremis, Malaysia jangan ulang kesilapan sama – Syeikh Wazir

Negara Arab banyak hancur kerana ekstremis, Malaysia jangan ulang kesilapan sama – Syeikh Wazir

Sebelum sepenggal, PMX berjaya letak Malaysia jadi 30 ekonomi terbesar dunia

Sebelum sepenggal, PMX berjaya letak Malaysia jadi 30 ekonomi terbesar dunia

Dua penjenayah mati ditembak, polis selamatkan mangsa culik

Dua penjenayah mati ditembak, polis selamatkan mangsa culik