JKOM-JAPEN Sarawak kukuhkan komunikasi komuniti

KUCHING – Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM) Zon Sarawak telah mengadakan kunjungan hormat kepada Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) Sarawak di pejabatnya di Kuching, hari ini.

Pertemuan ini bakal mengukuhkan lagi komunikasi strategik, khususnya dari segi penyampaian dan penerangan maklumat di lapangan termasuk di kawasan pedalaman.

“JAPEN Sarawak yang sudah bertapak di negeri ini puluhan tahun semestinya memiliki pelbagai kelebihan dan pengetahuan dalam menjadikan sesebuah agensi komunikasi itu lebih berkesan.

“Oleh itu, pihak JKOM mahu berkongsi pengalaman dan bekerjasama dengan mereka dalam menjadikan JKOM Sarawak juga salah sebuah agensi yang berkaliber seterusnya mampu menyampaikan agenda nasional khasnya inisiatif-inisiatif kerajaan sama ada di peringkat persekutuan atau negeri kepada komuniti setempat,” jelas Pengarah JKOM Sarawak, Ajes Tuah ketika ditemui.

Selain itu, perbincangan juga menjurus kepada kerjasama strategik bagi melaksanakan pelbagai program di lokaliti-lokaliti terpilih yang mampu mendekatkan agensi kerajaan dengan komuniti, selain perkongsian mengenai perjuangan Sarawak terhadap Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Related Posts

Projek SSMP tidak boleh terbengkalai kali keempat

PADANG BESAR – Projek Sekolah Sukan Malaysia Perlis (SSMP) di Bukit Chabang yang terbengkalai selama 11 tahun tidak boleh lagi berulang sehingga menjadi satu kebiasaan. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Wan Rosdy anggap pemergian Mohd Radzi kehilangan besar UMNO Pahang

KUANTAN – Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menyifatkan pemergian Ketua Pemuda UMNO Bahagian Maran, Allahyarham Mohd Radzi Rahim yang meninggal dunia dalam kejadian pokok tumbang di…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Projek SSMP tidak boleh terbengkalai kali keempat

Projek SSMP tidak boleh terbengkalai kali keempat

Wan Rosdy anggap pemergian Mohd Radzi kehilangan besar UMNO Pahang

Wan Rosdy anggap pemergian Mohd Radzi kehilangan besar UMNO Pahang

PDRM Sabah perhebat kerjasama strategik dengan Polis Indonesia

PDRM Sabah perhebat kerjasama strategik dengan Polis Indonesia

Hajiji sampaikan bantuan YKS RM30,600 pada 102 KIR terjejas banjir

Hajiji sampaikan bantuan YKS RM30,600 pada 102 KIR terjejas banjir

Penduduk rayu tindakan segera atasi ancaman gajah liar di Batu Puteh

Penduduk rayu tindakan segera atasi ancaman gajah liar di Batu Puteh

Empat maut Ford Raptor dihempap pokok tumbang

Empat maut Ford Raptor dihempap pokok tumbang