Jika masih Pengerusi PN, mengapa Muhyiddin tidak adakan mesyuarat MT?

PUTRAJAYA – Datuk Wan Saiful Wan Jan menyelar kenyataan Ketua Penerangan Berdatu, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz yang mendakwa Tan Sri Muhyiddin Yassin masih Pengerusi Perikatan Nasional (PN) berdasarkan perlembagaan gabungan itu.

Beliau yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu yang dipecat berkata, Muhyiddin sehingga kini gagal memanggil mesyuarat penting Majlis Tertinggi (MT) PN bagi menentukan pengganti selepas peletakan jawatan.

Beliau turut mempersoalkan jika Muhyiddin masih Pengerusi PN, kenapa beliau tidak segera panggil mesyuarat Majlis Tertinggi PN untuk bincangkan siapa pengganti selepas Presiden Bersatu letak jawatan.

“Bukankah Pengerusi PN yang bertanggungjawab akan segera menyelesaikan isu yang penting ini. Janganlah nanti ada yang kata Muhyiddin dan penjilatnya masih tak jumpa muslihat untuk u-turn maka sebab itulah Muhyiddin takut nak panggil mesyuarat.

“Memang tak pelik Tun Faisal buat kenyataan untuk lambung Muhyiddin. Dalam bab melambung Muhyiddin, Tun Faisal sudah layak mendapat anugerah perkhidmatan terpaling cemerlang,” katanya menerusi kenyataan The Malaysia Press (TMP), pada Selasa.

Mengulas lanjut, Wan Saiful berkata, seandainya Tun Faisal mahu berhujah Muhyiddin masih Pengerusi PN, maka Presiden Bersatu perlu membuat kerja.

Namun, katanya, disebabkan Muhyiddin tidak tunjuk minat untuk laksanakan tanggungjawab sebagai Pengerusi PN, presiden parti-parti lain pula terpaksa hantar surat minta supaya dipanggil satu mesyuarat MT PN luar biasa.

“Kalau dah tak berdaya buat kerja, jangan susahkan orang lain yang nak bekerja. Itu namanya “failed leader. Kalau hendak kata Muhyiddin tak ada masa, ramai yang tahu beliau ada masa untuk buat macam-macam perjumpaan lain,” katanya.

Malah, Ahli Parlimen Tasek Gelugor itu memaklumkan, Muhyiddin ketika ini hanya rancak mengadakan pertemuan bersama Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan di kalangan Bersatu.

“Ada orang makluman pada Februari ini, Muhyiddin panggil untuk berjumpa. Nak melobi pengaruh ke tu?,” soalnya.

Pada Isnin, Timbalan Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan mengesahkan mesyuarat luar biasa MT PN akan diadakan pada Khamis ini bagi melantik pengerusi baharu susulan keputusan Muhyiddin mengosongkan jawatan.

Beliau mengesahkan, Muhyiddin tidak diundang pada mesyuarat yang dijadual berlangsung pada jam 8.30 malam di ibu pejabat Parti Gerakan di Cheras kerana telah meletakkan jawatan.

Keputusan sama turut terpakai terhadap Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali serta Ketua Penerangan PN, Datuk Dr Mohd Radzi Jidin yang juga telah mengemukakan peletakan jawatan sebelumnya.

Related Posts

Anwar dijadual sampaikan amanat pada Konvensyen PH 2026

JOHOR BAHRU – Konvensyen Pakatan Harapan (PH) 2026 yang menghimpunkan kira-kira 5,000 perwakilan serta pimpinan dari seluruh negara membuka tirainya hari ini dengan memberi tumpuan kepada persediaan jentera menghadapi Pilihan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Mujahid santuni ahli Amanah, tekankan politik matang dan rahmah

ISKANDAR PUTERI – Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Senator Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa berkesempatan menghadiri program Sembang Santai bersama ahli dan pimpinan Amanah kawasan Iskandar Puteri yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar dijadual sampaikan amanat pada Konvensyen PH 2026

Anwar dijadual sampaikan amanat pada Konvensyen PH 2026

Peruntukan RM896,000 MRP fasa 1 perkasa pembangunan komuniti di DUN Ngemah

Peruntukan RM896,000 MRP fasa 1 perkasa pembangunan komuniti di DUN Ngemah

Dua jawatan, satu persoalan besar: Mampukah Samsuri pimpin barisan pembangkang?

Dua jawatan, satu persoalan besar: Mampukah Samsuri pimpin barisan pembangkang?

Jangan heret sijil tahfiz bersama UEC, cetus konflik kekeliruan terhadap masyarakat

Jangan heret sijil tahfiz bersama UEC, cetus konflik kekeliruan terhadap masyarakat

City angkat Piala FA lepas tewaskan Chelsea di Wembley

City angkat Piala FA lepas tewaskan Chelsea di Wembley

LKIM santuni nelayan Pontian, umum bantuan naik taraf stor dan sokongan lot kerang

LKIM santuni nelayan Pontian, umum bantuan naik taraf stor dan sokongan lot kerang