Jangan cemar imej pasukan keselamatan negara – PM

SEBERANG PERAI – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kerajaan tidak mahu segelintir kes-kes terpencil melibatkan pasukan keselamatan mencemarkan imej keseluruhan pasukan berkenaan yang selama ini berkorban mempertahankan kedaulatan negara.

Beliau berkata, kestabilan negara bukan berlaku secara kebetulan, sebaliknya hasil pengorbanan besar anggota polis dan tentera yang bertugas di sempadan, lautan, darat serta kawasan pedalaman, sering kali meninggalkan keluarga demi mempertahankan kedaulatan negara.

“Saya tidak mahu satu dua kes tertentu itu mewakili seluruh angkatan bersenjata.

“Negara ini aman kerana pengorbanan rakan-rakan kita, polis dan tentera, di perbatasan, di lautan, berbulan-bulan berkorban, meninggalkan keluarga untuk pertahankan negara,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian bangunan baharu Hospital Seberang Jaya di sini, hari ini.

Sebelum ini, 23 individu termasuk pegawai tinggi dan kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung siasatan rasuah dan salah guna kuasa melibatkan perolehan dan penggunaan dana awam.

Siasatan bermula sejak 7 Oktober dan disifatkan sensitif kerana melibatkan kepentingan awam serta dakwaan menerima rasuah dari syarikat berkaitan perolehan di TKAT dan MINDEF.

SPRM membuka 22 kertas siasatan kesalahan asas serta satu kertas siasatan di bawah AMLA dan Seksyen 17A dan 23 Akta SPRM 2009 berkaitan penerimaan suapan dan salah guna kuasa oleh penjawat awam.

Mengulas lanjut, Anwar mengingatkan semua pihak agar lebih berhati-hati dalam memberikan pandangan supaya tidak menjejaskan integriti serta kewibawaan pasukan keselamatan negara.

“Setitik nila tidak harus merosakkan susu sebelanga. Walaupun kita fokus kepada satu dua kes, jangan kita lupa pengorbanan ratusan ribu anggota pasukan pertahanan dan polis yang menjaga keamanan negara,” katanya.

Tambah beliau, integriti dan profesionalisme pasukan keselamatan merupakan asas kepada kestabilan negara yang membolehkan Malaysia terus mengangkat martabat ekonomi ke peringkat lebih tinggi.

Katanya, keamanan yang dinikmati negara hari ini hasil pengorbanan anggota pasukan keselamatan menjadi asas utama kepada pencapaian ekonomi yang membanggakan termasuk pengukuhan nilai ringgit, kemasukan pelaburan tertinggi dalam sejarah serta nilai perdagangan negara yang mencecah RM3 trilion.

Related Posts

Netizen bangga PMX tidak ‘termakan’ soalan provokasi isu Gaza, Israel

KETEGASAN dan ketenangan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menjawab soalan berkaitan konflik Gaza, Israel dan Iran dalam satu wawancara bersama stesen televisyen India, Thanti TV baru-baru ini mendapat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar tegaskan Malaysia tidak jadi laluan kargo sokong operasi ketenteraan Israel

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Malaysia tidak akan membenarkan negara ini digunakan sebagai laluan transit bagi sebarang penghantaran kargo yang menyokong atau menyumbang kepada operasi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pelaksanaan MA63 terus diperkasa sebagai agenda nasional – Mustapha

  • By Ezmie
  • September 16, 2026
Pelaksanaan MA63 terus diperkasa sebagai agenda nasional – Mustapha

Netizen bangga PMX tidak ‘termakan’ soalan provokasi isu Gaza, Israel

Netizen bangga PMX tidak ‘termakan’ soalan provokasi isu Gaza, Israel

PRU16: Demi rakyat atau elak lebih ramai pemimpin UMNO didakwa rasuah?

PRU16: Demi rakyat atau elak lebih ramai pemimpin UMNO didakwa rasuah?

Lima ditahan ganggu tugas penguat kuasa di Tasek Bera

Lima ditahan ganggu tugas penguat kuasa di Tasek Bera

Anwar tegaskan Malaysia tidak jadi laluan kargo sokong operasi ketenteraan Israel

Anwar tegaskan Malaysia tidak jadi laluan kargo sokong operasi ketenteraan Israel

AMK Miri tuntut UMNO bertanggungjawab, tidak normalisasi penghinaan agama

AMK Miri tuntut UMNO bertanggungjawab, tidak normalisasi penghinaan agama