KBS akan terima laporan terperinci kemelut FAM – Taufiq

ALOR SETAR – Pendirian Kementerian Belia dan Sukan (KBS) berhubung kemelut yang melanda Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hanya akan dibuat selepas kementerian menerima laporan terperinci serta meneliti semua perkembangan semasa berkaitan isu berkenaan.

Menteri Belia dan Sukan, Dr Mohammed Taufiq Johari berkata, kementerian mengambil pendekatan berhati-hati dan akan menilai semua maklumat sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi.

“Saya perlu menunggu dahulu laporan yang terperinci dan sebagainya sebelum mengeluarkan apa-apa komen pendirian daripada KBS.

“Kita menunggu dan melihat bagaimana perkembangan selanjutnya sebelum saya boleh memberikan komen yang lebih lanjut,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Penyerahan Bantuan Wang Ihsan (BWI) Kota Setar di Kompleks Belia dan Sukan Negeri di sini, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan Jawatankuasa Eksekutif FAM berkemungkinan meletakkan jawatan secara beramai-ramai seawal minggu depan dalam satu langkah yang disifatkan sebagai pengunduran strategik bagi memastikan kelangsungan masa depan bola sepak negara.

Menurut sumber terdekat badan induk itu, langkah berkenaan dipercayai bertujuan mengelakkan pengambilalihan sepenuhnya oleh jawatankuasa normalisasi yang dilantik Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

Selain itu, Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) dilaporkan turut mencadangkan agar jawatankuasa eksekutif FAM berundur bagi mengelakkan risiko penggantungan, yang sekiranya berlaku akan menyaksikan persatuan itu ditadbir sementara oleh FIFA dan AFC.

Dalam perkembangan berkaitan, Dr Taufiq menegaskan KBS sentiasa memantau sebarang isu yang timbul membabitkan persatuan sukan di negara ini dan tidak hanya memberi tumpuan kepada FAM semata-mata.

Bagaimanapun, beliau berkata, kementerian tidak akan mencampuri sebarang proses yang berada di luar bidang kuasa KBS, selaras dengan prinsip pemisahan kuasa yang perlu dipatuhi.

“Pemisahan kuasa ini amat penting. Sebab itu saya perlu melihat, menunggu laporan dan keputusan terlebih dahulu sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan lanjut.

“Kita tidak akan mengganggu proses yang bukan dalam bidang kuasa kementerian,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata pembangunan bola sepak negara perlu terus dipelihara memandangkan sukan itu berperanan sebagai medium penyatuan rakyat.

“Kita akan terus memastikan bola sepak ini menjadi wadah perpaduan rakyat. Bola sepak adalah sukan yang amat diminati oleh rakyat secara keseluruhannya dan pembangunan sukan ini tidak boleh terhenti atau diganggu-gugat,” katanya.

Dr Taufiq berkata, KBS akan terus meneliti setiap isu berkaitan sukan termasuk bola sepak dengan penuh tanggungjawab, namun tetap berpegang kepada garis kuasa yang ditetapkan.

Katanya, kementerian sentiasa bersedia menghulurkan bantuan dan sokongan dalam apa jua aspek yang berada di bawah bidang kuasa KBS bagi memastikan kelangsungan serta kemajuan sukan di negara ini

“Apa pun yang berlaku, saya berharap sukan khususnya bola sepak akan terus maju, mara ke hadapan dan kekal sebagai sukan yang digemari serta mendapat sokongan penuh rakyat Malaysia,” katanya.

Related Posts

Netizen bangga PMX tidak ‘termakan’ soalan provokasi isu Gaza, Israel

KETEGASAN dan ketenangan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menjawab soalan berkaitan konflik Gaza, Israel dan Iran dalam satu wawancara bersama stesen televisyen India, Thanti TV baru-baru ini mendapat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar tegaskan Malaysia tidak jadi laluan kargo sokong operasi ketenteraan Israel

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Malaysia tidak akan membenarkan negara ini digunakan sebagai laluan transit bagi sebarang penghantaran kargo yang menyokong atau menyumbang kepada operasi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pelaksanaan MA63 terus diperkasa sebagai agenda nasional – Mustapha

  • By Ezmie
  • September 16, 2026
Pelaksanaan MA63 terus diperkasa sebagai agenda nasional – Mustapha

Netizen bangga PMX tidak ‘termakan’ soalan provokasi isu Gaza, Israel

Netizen bangga PMX tidak ‘termakan’ soalan provokasi isu Gaza, Israel

PRU16: Demi rakyat atau elak lebih ramai pemimpin UMNO didakwa rasuah?

PRU16: Demi rakyat atau elak lebih ramai pemimpin UMNO didakwa rasuah?

Lima ditahan ganggu tugas penguat kuasa di Tasek Bera

Lima ditahan ganggu tugas penguat kuasa di Tasek Bera

Anwar tegaskan Malaysia tidak jadi laluan kargo sokong operasi ketenteraan Israel

Anwar tegaskan Malaysia tidak jadi laluan kargo sokong operasi ketenteraan Israel

AMK Miri tuntut UMNO bertanggungjawab, tidak normalisasi penghinaan agama

AMK Miri tuntut UMNO bertanggungjawab, tidak normalisasi penghinaan agama