Jamawi galak penanaman Avokado QAV1

TAWAU – Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah menggalakkan penanaman varieti avokado QAV1 atau kini dikenali sebagai Avocado Quoin Sabah berikutan potensinya yang tinggi untuk pasaran tempatan dan eksport.

Menterinya, Datuk Jamawi Jaafar berkata, varieti berkenaan adalah hasil penyelidikan Stesen Penyelidikan Pertanian Quoin Hill, Tawau dan telah dijenamakan semula bermula Ogos tahun lalu bagi tujuan promosi di bawah Jabatan Pertanian.

“Varieti ini dahulunya dikenali sebagai QAV1 dan mulai Ogos tahun lalu, kita namakan semula sebagai Avocado Quoin Sabah untuk dipromosikan secara rasmi.

“Avokado berkenaan memiliki kualiti setanding malah lebih baik berbanding varieti import dengan ciri rasa lemak, manis dan berkrim serta purata berat sekitar 500 gram sebiji.

“Tempoh masaknya kira-kira seminggu selepas dituai dan boleh disimpan lebih lama, menjadikannya sangat sesuai untuk pasaran eksport,” ujarnya kepada pemberita selepas merasmikan Pameran Pertanian dan Akuakultur Tawau 2026 (TAAE 2026) di Dewan Masyarakat Tawau, pada Jumaat.

Menurut Jamawi, permintaan terhadap avokado dan nanas MD2 dari Sabah menunjukkan peningkatan ketara, namun bekalan sedia ada masih belum mencukupi.

“Baru-baru ini sebuah syarikat memohon satu kontena avokado sebulan dan lima kontena nanas MD2, tetapi ketika ini Sabah hanya mampu membekalkan kira-kira dua kontena sebulan,” kongsinya.

Sehubungan itu, Jamawi berkata, Jabatan Pertanian menyediakan benih serta bahan tanaman bagi membantu petani, selain menggalakkan penglibatan masyarakat melalui Inisiatif Kebun Dapur yang akan dilancarkan pada 15 Februari ini.

“Bagi yang belum bermula, mulakan secara kecil-kecilan di sekitar rumah dengan pakej lengkap yang disediakan.

“Selepas yakin dengan pulangan, barulah memohon bantuan penuh daripada jabatan dan agensi berkaitan.

“Walaupun varieti avokado QAV1 berasal dari Tawau, keluasan tanaman di daerah itu masih rendah, iaitu kurang daripada 10 hektar berbanding Keningau dan Tenom.

“Kita menggalakkan lebih ramai penduduk Tawau menanam avokado ini kerana kesesuaiannya memang di kawasan ini,” katanya.

Jamawi menasihatkan petani supaya memilih varieti tanaman yang menepati keperluan pasaran bagi mengelakkan kerugian, sambil menetapkan sasaran penanaman 50,000 pokok avokado bagi memenuhi permintaan eksport.

Menurutnya, semua jabatan dan agensi di bawah kementerian akan digerakkan bagi mempromosikan inisiatif pertanian di setiap daerah dan Parlimen bagi memperkukuh sektor pertanian Sabah.

Related Posts

Cubaan 34 PATI ceroboh masuk laluan laut gagal

LUMUT – Cubaan 34 pendatang asing tanpa izin (PATI) memasuki negara secara haram melalui laluan laut gagal selepas tindakan pantas Maritim Malaysia dan Pasukan Gerakan Am (PGA) memintas sebuah bot…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Empat cedera kemalangan bas, treler

MARAN – Empat individu cedera ringan selepas bas dinaiki 19 pelajar dan dua guru sebuah pusat tahfiz terbabit dalam kemalangan dengan treler di Jalan Besar Jengka 18, di sini, petang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

KSN doakan PM Anwar terus sihat, bijaksana pimpin negara

KSN doakan PM Anwar terus sihat, bijaksana pimpin negara

Cubaan 34 PATI ceroboh masuk laluan laut gagal

Cubaan 34 PATI ceroboh masuk laluan laut gagal

Jerebu: Sembilan kawasan Sarawak dan Johan Setia catat IPU tidak sihat

Jerebu: Sembilan kawasan Sarawak dan Johan Setia catat IPU tidak sihat

Empat cedera kemalangan bas, treler

Empat cedera kemalangan bas, treler

Lebih 115,000 pengunjung, Sarikei cipta rekod baharu Program Sarawakku Sayang

Lebih 115,000 pengunjung, Sarikei cipta rekod baharu Program Sarawakku Sayang

Jururawat tunjang utama sistem kesihatan negara

Jururawat tunjang utama sistem kesihatan negara