Pemandu van Siam dihadapkan ke mahkamah kes langgar gadis hingga maut

JITRA – Seorang pemandu van warga Thailand dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memandu secara berbahaya sehingga mengakibatkan kematian gadis berusia 22 tahun di Napoh, Khamis lalu.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh, Yusof Senkonam, 60, memandangkan dia tidak memahami sepenuhnya pertuduhan yang dibacakan dalam bahasa Melayu di hadapan Majistret, Nor Syaliati Mohd. Sobri.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa memandu van jenis Toyota Hiace secara berbahaya sehingga mengakibatkan kematian penunggang motosikal jenis Modenas, Fatin Nursyafikah Haris Bawijad.

Kejadian berlaku di persimpangan lampu isyarat Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Napoh, Jalan Alor Setar-Bukit Kayu Hitam, di sini kira-kira pukul 10.30 malam, 15 Januari lalu.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara antara lima hingga 10 tahun dan denda minimum RM20,000 serta maksimum RM50,000, jika sabit kesalahan.

Tertuduh tidak ditawarkan jaminan dan mahkamah menetapkan 8 Februari depan bagi mendapatkan jurubahasa dalam bahasa Thai.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Asyiqin Hedzir manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, tertuduh tiba di pekarangan mahkamah kira-kira pukul 8.15 pagi tadi dengan menaiki trak polis.

Dia sempat melambai dan tersenyum kepada ahli keluarga yang hadir bagi mengikuti prosiding pertuduhan.

Media Jumaat lalu melaporkan seorang gadis yang dalam perjalanan pulang ke rumah maut dirempuh sebuah van dari Thailand yang melanggar lampu merah di persimpangan lampu isyarat Napoh, di sini.

Nahas kira-kira pukul 10.15 malam, Khamis lalu itu meragut nyawa Fatin Nursyafikah dari Kampung Bukit Beruas, di sini.

Pembantu kedai makan itu maut di lokasi kejadian akibat parah di kepala dan badan.

Siasatan awal mendapati nahas berlaku ketika van Toyota Hiace dipandu lelaki berusia 60 tahun itu dalam perjalanan dari Pantai Remis, Perak, menuju ke Satun, Thailand.

Related Posts

SPRM reman penjawat awam terima rasuah seludup barang untuk banduan

KUANTAN – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pahang menahan reman seorang penjawat awam yang disyaki menerima rasuah sebagai balasan membawa masuk bahan terlarang ke dalam penjara untuk kegunaan banduan. Perintah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bomba berjaya kawal kebakaran di empat kilang

KULIM – Kebakaran besar yang memusnahkan empat kilang di Kawasan Perindustrian Taman Makmur, di sini hari ini berjaya dikawal anggota bomba selepas lebih dua jam operasi pemadaman dijalankan. Pengarah Jabatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Malaysia ke arah Negara AI menjelang 2030

  • By Aden
  • July 28, 2026
Malaysia ke arah Negara AI menjelang 2030

SPRM reman penjawat awam terima rasuah seludup barang untuk banduan

SPRM reman penjawat awam terima rasuah seludup barang untuk banduan

Pahang sasar 35 pingat emas SUKMA Selangor

Pahang sasar 35 pingat emas SUKMA Selangor

Bomba berjaya kawal kebakaran di empat kilang

Bomba berjaya kawal kebakaran di empat kilang

Kerjasama teknologi perlu dimanfaat perkasa bakat tempatan – Masidi

Kerjasama teknologi perlu dimanfaat perkasa bakat tempatan – Masidi

Hidupkan semula ‘roh’ Pesta Sukan Air, Pesta Port Dickson era 90-an

Hidupkan semula ‘roh’ Pesta Sukan Air, Pesta Port Dickson era 90-an