Cemas ular tedung hitam ceroboh kediaman, APM bertindak pantas

LIMBANG – Kehadiran seekor ular tedung hitam sepanjang kira-kira satu meter yang menceroboh sebuah rumah di Kampung Bunga Raya di sini, mencetuskan kebimbangan penghuni sebelum reptilia itu berjaya ditangkap pihak berkuasa.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Limbang, Leftenan (PA) Jumaat Akasas berkata, empat anggota Skuad Charlie Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) digerakkan ke lokasi sebaik menerima aduan awam.

Menurutnya, anggota bertugas bertindak pantas menjalankan operasi menangkap ular (KMU) menggunakan peralatan khas bagi menjamin keselamatan semua pihak.

“Kami menggunakan teknik menjerut untuk mengawal reptilia berbisa tersebut.

“Ular itu berjaya ditangkap dan dibawa keluar dari kawasan kediaman dengan selamat tanpa sebarang kejadian tidak diingini,” katanya dalam satu kenyataan.

Jumaat turut menasihatkan orang ramai supaya tidak mengambil risiko bertindak sendirian sekiranya berdepan ancaman haiwan berbisa.

Sebarang kes kecemasan boleh dilaporkan terus kepada APM Limbang di talian 085-210471 atau menghubungi talian kecemasan MERS 999.

Related Posts

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

KOTA KINABALU – Kerajaan Persekutuan meluluskan RM1.57 bilion bagi memperkukuh pembangunan sektor kesihatan Sabah menerusi Rolling Plan 1 (RP1) Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi 2026. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

KUANTAN – Polis Pahang mengesahkan satu kejadian rompakan berlaku di sebuah kedai emas dalam pusat beli-belah di Genting Highlands dekat Bentong hari ini. Pemangku Ketua Polis Pahang Datuk Azry Akmar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok