SICC lancar Bufet Asia Resepi Nusantara, Fiesta Mega Raya 2026

KOTA KINABALU – Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) hari ini melancarkan Bufet Asia Resepi Nusantara 2026 serta mengumumkan kerjasama strategik bersama Fiesta Mega Raya, sekali gus menjadikan SICC sebagai pusat pertemuan utama masyarakat sepanjang Ramadan hingga Aidilfitri tahun hadapan.

Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Dr Rosmawati Lasuki berkata, pelancaran itu menghimpunkan dua pengalaman utama Ramadan di bawah satu bumbung, selari dengan komitmen SICC dalam menghimpunkan masyarakat, memperkukuh kebersamaan dan menawarkan pengalaman berskala besar yang bermakna.

“Sebagai tarikan utama, Bufet Asia Resepi Nusantara 2026 akan berlangsung dari 26 Februari hingga 18 Mac 2026, menampilkan kira-kira 850 hidangan Asia dan kontinental sepanjang musim Ramadan.

“Bufet berkenaan akan mengetengahkan pelbagai pilihan kuih-muih perayaan baharu, hidangan autentik gaya penjaja Asia yang diinspirasikan daripada makanan jalanan serantau serta resipi warisan masakan rumah yang diwarisi turun-temurun.

“Bagi Ramadan 2026, SICC turut memperkukuh kerjasama dengan beberapa agensi Kerajaan Persekutuan dan Negeri termasuk Jabatan Pertanian, FAMA, LKIM, MARDI dan Sabah Fish Marketing Sdn Bhd (SAFMA) bagi melaksanakan pendekatan ‘farm-to-table’,” ujarnya.

Tambah Rosmawati, kerjasama tersebut bertujuan untuk menyokong sektor pertanian, perikanan dan koperasi tempatan, di samping memastikan sumber bahan mentah berkualiti serta amalan rantaian bekalan yang lebih bertanggungjawab dan mampan.

“Selain itu, SICC juga turut bekerjasama dengan Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) bagi memperkukuh pelaksanaan Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) melalui latihan, penilaian dan penambahbaikan berterusan.

“Antara kemudahan lain yang disediakan adalah kemudahan ruang makan peribadi VVIP yang mampu menampung sehingga 280 tetamu dan lengkap dengan kemudahan solat, pakej Sahur @ Meranti Café dan perkhidmatan Ramadan Takeaway by SICC.

“Dalam pada itu, penganjuran Fiesta Mega Raya di SICC bakal menawarkan platform perayaan menyeluruh yang menghimpunkan keluarga, perniagaan, usahawan tempatan dan komuniti dalam suasana yang selesa dan terancang,” kongsinya dalam Majlis Perasmian Resipi Nusantara Asian Buffet 2026, di sini pada Jumaat.

Related Posts

Ops MARDOF: Maritim periksa 211 vesel, dua vesel dikesan lakukan kesalahan

LAHAD DATU – Operasi Bersepadu MARDOF Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Lahad Datu berjaya menahan dua vesel nelayan tempatan daripada 211 vesel yang diperiksa di perairan Lahad Datu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Cabaran kepolisan negeri sempadan tidak boleh dipandang ringan

SAIZ negeri Perlis yang kecil tidak menggambarkan beban sebenar tugas kepolisan apabila anggota di negeri ini berdepan pelbagai cabaran termasuk menjaga keselamatan kawasan sempadan Malaysia-Thailand. Bekas Ketua Polis Perlis, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar mahu PKR jadi wadah semua generasi

Anwar mahu PKR jadi wadah semua generasi

Ops MARDOF: Maritim periksa 211 vesel, dua vesel dikesan lakukan kesalahan

  • By Fatin
  • August 15, 2026
Ops MARDOF: Maritim periksa 211 vesel, dua vesel dikesan lakukan kesalahan

Cabaran kepolisan negeri sempadan tidak boleh dipandang ringan

Cabaran kepolisan negeri sempadan tidak boleh dipandang ringan

Pesta Makan Tahun Kedayan platform pelancongan budaya, jana ekonomi setempat

Pesta Makan Tahun Kedayan platform pelancongan budaya, jana ekonomi setempat

Kerajaan buka ruang lebih luas untuk mahasiswa, AUKU dimansuhkan

Kerajaan buka ruang lebih luas untuk mahasiswa, AUKU dimansuhkan

Tiada kompromi salah guna amanah, siasatan diteruskan selepas TH – Anwar

Tiada kompromi salah guna amanah, siasatan diteruskan selepas TH – Anwar