Tindakan undang-undang tidak jejaskan imej kementerian, pasukan keselamatan – PM

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, tindakan undang-undang yang diambil berhubung kelemahan pelaksanaan projek atau kes rasuah tidak seharusnya menimbulkan persepsi negatif terhadap mana-mana kementerian atau pasukan keselamatan secara keseluruhan.

Beliau berkata, tindakan tegas yang diambil kerajaan hanya tertumpu kepada individu tertentu yang didapati terbabit dan tidak wajar dikaitkan dengan imej serta kredibiliti keseluruhan kementerian atau agensi berkaitan.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, secara umumnya prestasi pelaksanaan projek fizikal pada tahun-tahun terdahulu adalah baik, namun kerajaan mengakui masih terdapat beberapa kementerian yang belum mencapai sepenuhnya sasaran pelaksanaan projek, khususnya bagi tempoh tahun lalu.

Menurutnya, perkara itu telah dimaklumkan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, dalam laporan yang dibentangkan semalam.

“Seperti isu rasuah, ia hanya membabitkan segelintir kecil. Saya mahu rakan-rakan di pasukan keselamatan, tentera dan polis memahami bahawa secara keseluruhannya mereka berwibawa, cekap dan sudah banyak berkorban.

“Sama juga dengan kementerian. Apabila ada teguran supaya prestasi diperbaiki, ia tidak bermakna keseluruhan jentera itu gagal, sebaliknya beberapa tindakan perlu disegerakan, khususnya melibatkan projek-projek kecil yang memberi manfaat langsung kepada rakyat,” katanya kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Usamah Bin Zaid, Wangsa Maju, di sini hari ini.

Sehubungan itu, Perdana Menteri menegaskan tindakan sewajarnya perlu diambil terhadap pegawai-pegawai tertentu yang terbabit tanpa menghukum atau mencemarkan imej keseluruhan kementerian mahupun pasukan keselamatan.

Semalam, Shamsul Azri dilaporkan berkata, seramai 14 ketua setiausaha (KSU) kementerian akan dipanggil bagi memberi penjelasan berhubung kegagalan kementerian masing-masing mencapai sasaran pelaksanaan pembangunan projek fizikal tahun lalu.

Tanpa memperincikan kementerian yang terlibat, beliau berkata pencapaian perbelanjaan pembangunan asas (DE Asas) negara pada tahun lalu hanya mencatatkan purata nasional sebanyak 87.91 peratus.

Menurutnya, projek berkepentingan rakyat seperti pembinaan dan kerja naik taraf infrastruktur jalan raya, sekolah, klinik serta hospital tetap dilaksanakan, namun pelaksanaannya didapati berjalan agak perlahan.

Related Posts

Anwar saran ASEAN-Rusia perluas kerjasama sektor strategik

KAZAN -Negara anggota ASEAN dan Rusia disaran memperluas kerjasama pelbagai hala dalam bidang strategik seperti keselamatan makanan, tenaga, pembuatan termaju, teknologi digital dan pendidikan bagi merangsang pertumbuhan ekonomi yang lebih…

Lebih lanjut

teruskan membaca
ASEAN-Rusia perluas kerjasama ekonomi menerusi pelan strategik baharu

KAZAN – Program Strategik ASEAN-Rusia mengenai Kerjasama Perdagangan dan Pelaburan 2026-2035 dijangka menjadi pemangkin kepada usaha memperluaskan hubungan ekonomi antara ASEAN dan Rusia, sekali gus membuka ruang kepada kerjasama yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

UNIMAP buat laporan polis dakwaan kemasukan ‘jalan belakang’

UNIMAP buat laporan polis dakwaan kemasukan ‘jalan belakang’

Anwar saran ASEAN-Rusia perluas kerjasama sektor strategik

Anwar saran ASEAN-Rusia perluas kerjasama sektor strategik

ASEAN-Rusia perluas kerjasama ekonomi menerusi pelan strategik baharu

ASEAN-Rusia perluas kerjasama ekonomi menerusi pelan strategik baharu

Tragedi Kem Hobart: 10 anggota tentera sudah terkorban semasa latihan bom

Tragedi Kem Hobart: 10 anggota tentera sudah terkorban semasa latihan bom

Misi Kasih MAMPAN singgah di FELDA Lepar Hilir 3

Misi Kasih MAMPAN singgah di FELDA Lepar Hilir 3

Pelajar IPTS ‘kantoi’ cuba seludup bunga ganja RM1.17 juta

Pelajar IPTS ‘kantoi’ cuba seludup bunga ganja RM1.17 juta