MINDEF patuh arahan pembekuan perolehan ATM berkait isu rasuah

KEMENTERIAN Pertahanan (MINDEF) mengesahkan pematuhannya terhadap arahan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berhubung pembekuan sementara keputusan perolehan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang dikaitkan dengan isu rasuah.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, kementerian itu kini sedang mendapatkan maklumat serta penjelasan lanjut berhubung pelaksanaan arahan berkenaan.

Menurutnya, MINDEF juga akan meneliti secara terperinci mekanisme pelaksanaan pembekuan itu selaras dengan kerangka tadbir urus, peraturan kewangan serta perundangan yang sedang berkuat kuasa.

“Dalam meneliti perkara ini, kementerian sewajarnya perlu memberi pertimbangan serius terhadap keperluan memastikan tahap kesiapsiagaan serta kelangsungan operasi pertahanan negara kekal terpelihara dan tidak terjejas.

“Pada masa yang sama, kementerian akan menilai secara mendalam kesan keputusan ini terhadap pelaksanaan perolehan sedia ada, termasuk kontrak yang telah dimeterai.

“Kita juga mengambil kira obligasi kontrak sedia ada, keperluan operasi semasa serta kepentingan keselamatan negara secara menyeluruh,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, MINDEF turut meneliti langkah-langkah penambahbaikan proses perolehan bagi memperkukuh tadbir urus serta mencegah sebarang ketirisan pada masa hadapan, selaras dengan pengumuman yang dibuat awal minggu ini.

Terdahulu, Perdana Menteri hari ini dilaporkan berkata semua keputusan perolehan membabitkan ATM, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan agensi berkaitan yang dikaitkan dengan isu rasuah dibekukan sementara oleh kerajaan.

Menurut Anwar, pembekuan berkenaan akan dilaksanakan sehingga semua proses perolehan dipastikan mematuhi sepenuhnya peraturan dan garis panduan yang ditetapkan.

Beliau turut dipetik berkata, kerajaan melalui kementerian berkaitan akan meneliti serta menyusun semula keseluruhan sistem perolehan bagi memastikan ketelusan dan integriti sistem sedia ada terus diperkukuh.

Related Posts

Tiada individu atasi undang-undang, prinsip kesaksamaan mesti ditegakkan – PH

PUTRAJAYA – Tiada mana-mana individu berada di atas undang-undang dan setiap yang disabitkan kesalahan mesti menjalani hukuman mengikut Perlembagaan Persekutuan serta undang-undang sedia ada, tegas Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH).…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Harga arang batu melonjak cecah AS$148, tingkatkan kos jana elektrik – Akmal Nasrullah

KUALA LUMPUR – Harga arang batu yang melonjak kepada AS$148 satu tan pada 10 September meningkatkan tekanan terhadap kos penjanaan elektrik negara, kata Menteri Ekonomi, Datuk Seri Akmal Nasrullah Mohd…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‎Kestabilan penting pastikan agenda MA63 terus dijayakan – Mustapha

  • By Ezmie
  • September 19, 2026
‎Kestabilan penting pastikan agenda MA63 terus dijayakan – Mustapha

Kane bantu Bayern belasah Union Berlin 7-0

Kane bantu Bayern belasah Union Berlin 7-0

Tiada individu atasi undang-undang, prinsip kesaksamaan mesti ditegakkan – PH

Tiada individu atasi undang-undang, prinsip kesaksamaan mesti ditegakkan – PH

Penjawat awam didakwa rancang ‘kehilangan’ Vellfire untuk tuntut insurans

Penjawat awam didakwa rancang ‘kehilangan’ Vellfire untuk tuntut insurans

Kepantasan bomba selamat 210 rumah daripada musnah dijilat api

  • By Fatin
  • September 18, 2026
Kepantasan bomba selamat 210 rumah daripada musnah dijilat api

Inisiatif Tamu Desa diharap diteruskan dalam Belanjawan 2027

  • By Fandi
  • September 18, 2026
Inisiatif Tamu Desa diharap diteruskan dalam Belanjawan 2027