Kematian suami isteri di Taman Mutiara disahkan akibat tikaman

SRI AMAN – Hasil bedah siasat mengesahkan kematian pasangan suami isteri yang ditemui di Taman Mutiara di sini, berpunca daripada kecederaan parah akibat tikaman objek tajam.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Sarawak dalam satu kenyataan memaklumkan, proses bedah siasat ke atas kedua-duanyatelah dijalankan oleh Pakar Patologi di Jabatan Forensik, Hospital Umum Sarawak (HUS), pada Khamis.

Menurut kenyataan itu, pemeriksaan teliti mendapati mangsa lelaki mengalami 11 kesan kecederaan di bahagian leher dan dada.

“Punca kematian mangsa lelaki disahkan sebagai kecederaan pada leher dan dada akibat tikaman.

“Manakala bagi mangsa wanita, punca kematian adalah disebabkan luka tikaman di bahagian leher,” jelas kenyataan tersebut pada Jumaat.

Mengulas lanjut perkembangan siasatan, polis memaklumkan seramai 21 saksi telah dipanggil untuk dirakam keterangan setakat ini.

Ia membabitkan ahli keluarga, jiran tetangga serta rakan sekerja mangsa bagi membantu melengkapkan kertas siasatan.

“Bagaimanapun, motif sebenar kejadian masih dalam siasatan dan belum dapat dipastikan.

“PDRM memberi jaminan siasatan dijalankan secara profesional, telus dan berasaskan bukti forensik. Orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu proses siasatan serta menghormati privasi keluarga mangsa,” ujarnya.

  • Related Posts

    Kebun sekolah bakal diperluas di Sabah tahun depan

    TENOM – Program kebun sekolah yang bertujuan memupuk kesedaran terhadap keterjaminan makanan serta keusahawanan pertanian dalam kalangan pelajar dijangka diperluaskan secara besar-besaran di seluruh Sabah bermula tahun hadapan. Menteri Pertanian,…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca
    Hajiji hadir majlis kesyukuran sempena Awal Muharam 1448H

    KOTA KINABALU – Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor bersama isteri, Datin Seri Juliah Salag menghadiri Majlis Kesyukuran Doa Akhir Tahun 1447 Hijrah dan Doa Awal Tahun Baharu Hijrah…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca

    Perlu dibaca

    Kebun sekolah bakal diperluas di Sabah tahun depan

    Kebun sekolah bakal diperluas di Sabah tahun depan

    Hajiji hadir majlis kesyukuran sempena Awal Muharam 1448H

    Hajiji hadir majlis kesyukuran sempena Awal Muharam 1448H

    Anwar ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak ASEAN-Rusia

    Anwar ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak ASEAN-Rusia

    Jangan manipulasi fakta!

    Jangan manipulasi fakta!

    Malaysia, Timor-Leste tingkatkan kerjasama strategik pelbagai sektor – PM

    Malaysia, Timor-Leste tingkatkan kerjasama strategik pelbagai sektor – PM

    Kehadiran Parti Wawasan Negara jadi pembakar semangat PH – Fahmi

    Kehadiran Parti Wawasan Negara jadi pembakar semangat PH – Fahmi