Bung Moktar bebas, Zizie Izette kekal didakwa

MAHKAMAH hari ini melepas dan membebaskan Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin daripada pertuduhan rasuah membabitkan RM2.8 juta selepas pendakwaan memutuskan untuk tidak meneruskan prosiding susulan kematian tertuduh pada 5 Disember lalu.

Bagaimanapun, mahkamah memutuskan tiga pertuduhan bersubahat melakukan kesalahan rasuah terhadap isterinya, Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad, kekal dan perbicaraan akan diteruskan.

Hakim Rosli Ahmad membuat keputusan berkenaan selepas Timbalan Pendakwa Raya, Law Chin Hou, memaklumkan pendakwaan tidak lagi bercadang meneruskan kes terhadap Bung Moktar selaku tertuduh pertama mengikut Seksyen 254 Kanun Prosedur Jenayah.

Susulan keputusan itu, mahkamah memerintahkan wang jaminan berjumlah RM100,000 serta pasport milik Allahyarham dikembalikan, selain merekodkan pelepasan dan pembebasan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lamag yang juga bekas Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah itu.

Dalam pada itu, pendakwaan menolak representasi yang dikemukakan Zizie Izette bagi menggugurkan tiga pertuduhan bersubahat berhubung kes rasuah sama.

Mahkamah menetapkan perbicaraan terhadap Zizie Izette pada 5, 6 dan 12 Mac ini.

Pada prosiding berkenaan, Bung Moktar diwakili peguam Ashok Athimulan, manakala Zizie Izette diwakili peguam Teh See Khoon.

Bung Moktar sebelum ini didakwa pada 3 Mei 2019 atas dua pertuduhan menerima secara rasuah wang tunai berjumlah RM2.2 juta dan RM262,500 sebagai dorongan untuk mendapatkan kelulusan Felcra Berhad (FELCRA) berhubung pelaburan RM150 juta dalam unit amanah Public Mutual.

Pertuduhan menyatakan wang suapan itu diterima daripada ejen pelaburan Public Mutual Berhad, Madhi Abdul Hamid, melalui isterinya serta menerusi akaun Public Islamic Treasures Growth Fund atas nama Zizie Izette.

Kesalahan itu didakwa berlaku di Public Bank Cawangan Taman Melawati di sini, masing-masing antara jam 12.30 tengah hari hingga 5 petang pada 12 Jun 2015 serta pada jam 12.16 tengah hari, 19 Jun 2015.

Bagi pertuduhan ketiga, Bung Moktar didakwa menerima wang tunai RM337,500 daripada perunding unit amanah, Norhaili Ahmad Mokhtar, yang dimasukkan atas nama isterinya pada jam 12.28 tengah hari, 19 Jun 2015, di lokasi yang sama.

Kesemua pertuduhan dikemukakan mengikut Subseksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun serta denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, Zizie Izette berdepan tiga pertuduhan bersubahat dengan suaminya berhubung kes rasuah berkenaan yang didakwa dilakukan di tempat, tarikh dan masa yang sama.

Related Posts

Dua anggota tentera terkorban semasa menjalani latihan bom

SUNGAI PETANI – Malang tidak berbau telah meragut nyawa dua anggota tentera akibat kecederaan parah terkena letupan bom ketika menjalani latihan di Kem Hobart, Gurun di sini, hari ini. Dalam…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Enam perusahaan terlibat ‘kartel penipuan’ pembekalan makanan berdepan penalti kewangan

PUTRAJAYA – Enam perusahaan berdepan penalti kewangan selepas didakwa terlibat dalam kartel penipuan bida bagi satu tender pembekalan makanan bernilai RM5.7 juta yang dikeluarkan oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK). Pengerusi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar saran ASEAN-Rusia perluas kerjasama sektor strategik

Anwar saran ASEAN-Rusia perluas kerjasama sektor strategik

ASEAN-Rusia perluas kerjasama ekonomi menerusi pelan strategik baharu

ASEAN-Rusia perluas kerjasama ekonomi menerusi pelan strategik baharu

Tragedi Kem Hobart: 10 anggota tentera sudah terkorban semasa latihan bom

Tragedi Kem Hobart: 10 anggota tentera sudah terkorban semasa latihan bom

Misi Kasih MAMPAN singgah di FELDA Lepar Hilir 3

Misi Kasih MAMPAN singgah di FELDA Lepar Hilir 3

Pelajar IPTS ‘kantoi’ cuba seludup bunga ganja RM1.17 juta

Pelajar IPTS ‘kantoi’ cuba seludup bunga ganja RM1.17 juta

Negara hancur dengan kebencian

Negara hancur dengan kebencian