RM816 juta atas kertas, beban berat dibahu rakyat

BARU-baru ini Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Noor, dengan penuh bangga mengumumkan kerajaan negeri berjaya mencatat kutipan hasil tertinggi dalam tempoh 25 tahun.

RM816 juta pada 2025, naik sedikit berbanding RM790 juta sebelum ini. Angka itu diulang berkali-kali, seolah-olah ia bukti kehebatan mentadbir.

Tetapi rakyat Kedah hari ini bukan bodoh. Mereka tahu bezakan hasil menjana dengan hasil memerah.

Soalan paling asas ialahduit itu datang dari mana dan siapa yang membayarnya? Jawapannya memang pahit iaitu rakyat sendiri.

Lebih 60 hingga 70 peratus hasil negeri datang daripada premium tanah, hasil tanah dan cukai pintu.Bukan daripada pelaburan mega. Bukan daripada lonjakan ekonomi. Bukan daripada GLC yang cemerlang.

Sebaliknya, sejak 2023, premium tanah dinaikkan antara 30 hingga 60 peratus. Inilah rahsia sebenar ‘kejayaan’ yang tidak dilaung dalam sidang media.

Kerajaan negeri bangga mempercepatkan hak milik tanah. Tetapi bila bil sampai, rakyat sedar iaitu
hak diberi, nafas ditarik balik.

Bila hutan sudah terhad, pelaburan tak kunjung tiba, GLC hidup segan mati tak mahu, maka pilihan paling senang ialah cekik rakyat sendiri. Tanah jadi mesin ATM, rakyat jadi pembayar tetap.

Ini bukan kepimpinan berwawasan. Ini kepimpinan jalan pintas. Lebih menyedihkan, hasil yang kononnya tertinggi ini langsung tidak mengubah hidup rakyat.

Kos sara hidup terus menekan, peluang ekonomi kekal hambar dan masalah paling asas ialah air yang masih gagal diselesaikan. Negeri kutip ratusan juta, tetapi paip rakyat masih kering.

Angka naik, air tak jalan. Sepatutnya bila hasil meningkat, rakyat hidup lebih senang.

Di Kedah, hasil naik dan beban turut naik sekali. Itulah formula yang berjaya dicipta oleh Sanusi. Maka jangan hairan jika rakyat bertanya siapa sebenarnya yang menikmati hasil ini?

Kejayaan yang dicanang hari ini hanyalah kejayaan atas kertas. Di lapangan, rakyat terus bergelut. Sanusi tidak perlu mendabik dada dengan angka kutipan cukai. Itu bukan bukti kebijaksanaan tetapi itu bukti keupayaan memindahkan beban.

Kalau benar mahu berbangga, tunjukkan hasil daripada idea, pelaburan dan dasar yang membina masa depan. Bukan hasil yang dikaut daripada poket rakyat yang sudah sedia sempit. Rakyat bukan lombong dan tanah bukan mesin cetak wang.

Adalah tidak keterlaluan penulis menganggap kerajaan Kedah hari ini syok sendiri tetapi rakyat menderita.

  • Related Posts

    Etika berpolitik: Dari politik ketakutan kepada politik penyelesaian

    Oleh: Moaz Nair BERPOLITIK atas nama agama dan bangsa tidak sepatutnya dilakukan dengan menabur fitnah atau melemparkan tuduhan melulu terhadap mana-mana kaum. Tular baru-baru ini dakwaan oleh seorang pemimpin agama…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca
    Keluar Dewan masuk TikTok, ini ‘level’ Ahli Parlimen pembangkang?

    SAYANG seribu kali sayang, sudah ada kelebihan namun tidak digunakan. Begitulah boleh diumpamakan terhadap sebahagian Ahli Parlimen pembangkang yang bertindak keluar Dewan Rakyat ketika ruang untuk membahaskan Laporan Suruhanjaya Siasatan…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca

    Perlu dibaca

    Kerajaan Pahang tidak lantik ejen urus permohonan geran usahawan

    Kerajaan Pahang tidak lantik ejen urus permohonan geran usahawan

    PSG angkat Piala Super, tewaskan Villa

    PSG angkat Piala Super, tewaskan Villa

    Pelaburan TH: Mengapa risiko berkaitan Jho Low tidak dihalang?

    Pelaburan TH: Mengapa risiko berkaitan Jho Low tidak dihalang?

    Tangki minyak ‘menyamar’ jadi tayar ganti, helah seludup petrol terbongkar

    Tangki minyak ‘menyamar’ jadi tayar ganti, helah seludup petrol terbongkar

    Laporan RCI TH akan diserah kepada pihak berkuasa untuk siasatan lanjut

    Laporan RCI TH akan diserah kepada pihak berkuasa untuk siasatan lanjut

    UMNO Pahang terbuka jalin kerjasama dengan mana-mana parti

    UMNO Pahang terbuka jalin kerjasama dengan mana-mana parti