KJ beremosi, sebak dapat kembali ke Perhimpunan Agung UMNO

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin mengakui diselubungi emosi apabila kembali menghadiri Perhimpunan Agung UMNO selepas tiga tahun dipecat daripada parti itu.

Khairy yang duduk di barisan hadapan antara Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz dan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh di Dewan Merdeka yang menjadi tempat persidangan Pemuda UMNO, dilihat sedikit beremosi ketika bangkit sebaik nama beliau disebut Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh

Meskipun enggan mengulas lanjut mengenai hala tuju politiknya selepas ini, Khairy yang lebih dikenali dengan panggilan KJ berkata, pihaknya mengharapkan perkembangan yang baik akan menyusul.

“Hari ini merupakan hari yang sangat emosional bagi saya kerana dapat kembali ke perhimpunan parti saya. Insya-Allah, perkara-perkara yang baik akan menyusul selepas ini

“Saya percaya ini rumah kita dan di sinilah segalanya bermula. Saya masih ingat apabila cadangan untuk bawa dan untuk kita panggil ketika itu, mungkin ada setuju (dan) tak setuju tetapi inilah UMNO. Kita boleh berbeza pendapat dan kita tak boleh mengkhianati perjuangan, kita adalah sebuah keluarga UMNO,” katanya ketika ditemui media selepas menghadiri Perhimpunan Agung Pemuda UMNO di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), pada Khamis.



Dalam pada itu, Khairy, kehadiran beliau pada PAU 2025 hari ini setelah mendapat keizinan daripada Zahid selain jemputan daripada Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Akmal Saleh.

“Alhamdulillah, saya ucapkan terima kasih kepada Ketua Pemuda, Datuk Dr Akmal kerana menjemput saya kembali untuk hadir ke Perhimpunan Agung Pemuda.

“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Datuk Seri Zahid. Semalam saya bertemu beliau ketika majlis tahlil Allahyarham Tun Abdul Razak. Selepas bersalaman, saya bertanya sama ada saya dibenarkan hadir ke perhimpunan hari ini.

“Saya katakan jika Datuk Seri tidak mahu saya datang, saya tidak akan hadir. Saya hanya datang dengan keizinan beliau. Alhamdulillah, beliau berkata ‘please come’,” katanya.

Ini merupakan kehadiran pertama Khairy ke Perhimpunan Agung UMNO sejak beliau dipecat daripada parti itu pada 2023 atas dakwaan memperlekeh serta mensabotaj kempen Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Bagaimanapun, sejak Oktober lalu, Khairy dilaporkan berkemungkinan menyertai semula UMNO selepas dikatakan mendapat ‘restu’ daripada Presiden parti, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Terdahulu, Ahmad Zahid ketika sesi taklimat Presiden UMNO bersama perwakilan pada Rabu menegaskan, keperluan parti untuk lebih terbuka dalam menerima semula pemimpin dan ahli UMNO yang telah meninggalkan perjuangan sebelum ini.

Bagaimanapun, beliau menegaskan sebarang keputusan berhubung perkara itu perlu mendapat mandat serta persetujuan daripada perwakilan Perhimpunan Agung UMNO.

Related Posts

PH Sabah belum putuskan penggunaan logo pilihan raya

KOTA KINABALU – Pakatan Harapan (PH) Sabah tegaskan belum ada sebarang keputusan muktamad dibuat berhubung penggunaan logo atau bentuk kerjasama politik yang akan digunakan pada pilihan raya akan datang. Ketua…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PKR Sabah perkukuh struktur organisasi, siap sedia bantu jentera PRN Johor, Negeri Sembilan

KOTA KINABALU – Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah terus memperkukuhkan struktur organisasi parti di peringkat negeri bagi memastikan kesiapsiagaan jentera serta mempertingkatkan keberkesanan gerak kerja politik dan organisasi menjelang cabaran-cabaran…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PH Sabah belum putuskan penggunaan logo pilihan raya

PH Sabah belum putuskan penggunaan logo pilihan raya

Penunggang motosikal cedera dalam kemalangan kendiri di Jalan Poyan Jaya

Penunggang motosikal cedera dalam kemalangan kendiri di Jalan Poyan Jaya

Jangan terpengaruh anasir luar, isu Kampung Gayan Sibugal sudah selesai

Jangan terpengaruh anasir luar, isu Kampung Gayan Sibugal sudah selesai

PKR Sabah perkukuh struktur organisasi, siap sedia bantu jentera PRN Johor, Negeri Sembilan

PKR Sabah perkukuh struktur organisasi, siap sedia bantu jentera PRN Johor, Negeri Sembilan

Sabah sambut baik pandangan PM, pastikan rakyat tempatan nikmati pertumbuhan industri pelancongan

Sabah sambut baik pandangan PM, pastikan rakyat tempatan nikmati pertumbuhan industri pelancongan

Kemalangan 6 sekeluarga maut: Reman pemandu lori ditolak

Kemalangan 6 sekeluarga maut: Reman pemandu lori ditolak