Dr Akmal: UMNO alami ‘sindrom penafian’

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh mendedahkan, partinya ketika ini sedang berdepan dengan penyakit berbahaya yang dikenali sebagai ‘denial syndrome’ atau sindrom penafian.

Beliau berkata, perkara berkenaan terbukti apabila ramai dalam kalangan pemimpin menganggap parti keramat itu berada dalam keadaan ‘ok’ sedangkan hakikatnya jauh berbeza di peringkat akar umbi.

Menurutnya, UMNO juga mengalami krisis kepercayaan yang hakikatnya tidak boleh lagi disorok dan isu ini perlu diperbetulkan dengan berani bercakap dalam menyuarakan suara rakyat agar parti diterima semula oleh rakyat.

“Kita masih boleh bercakap ramai datang (ke Perhimpunan Agung UMNO) dan sokongan kita masih kuat, tetapi kita tahu hakikat sebenar yang berlaku di kedai kopi, di ceruk kampung, apa makna hari ini kita datang (ke perhimpunan), tetapi tak nyatakan hakikat sebenar.

“Hari ini kita kata (UMNO masih) ‘ok’ sebab kita ada jawatan, menteri yang boleh kita tunjukkan (bakti khidmat), kita boleh tipu diri, yakinkan diri, kita ada jawatan dan ada dalam pentadbiran kerajaan, kita boleh tipu dalam diri, InsyaAllah rakyat boleh beri sokongan kerana kita berada dalam kerajaan.

“Bagaimanapun hakikat tak begitu, kita duduk di kampung-kampung, tempat budak-budak lepak, kita tahu realitinya. Dua PRU (pilihan raya umum) berturut-turut kita tewas dan jumlah undi makin mengecut.

“Walaupun tewas, tetap juga berbisik pada diri, ok saja diri kita, tetapi di peringkat akar umbi hakikatnya jauh sekali berbeza,” katanya ketika menyampaikan ucapan dasar pada Perhimpunan Agung Pemuda Wanita UMNO 2025 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), pada Khamis.

Dalam pada itu, Dr Akmal turut mempersoalkan sekiranya status UMNO yang mempunyai wakil dalam kerajaan dan prestasi mereka dalam Kabinet juga baik sebagai mencukupi untuk mengubah realiti di peringkat akar umbi.

“Kita lupa satu soalan, jujur hakikat dekat bawah apakah kepercayaan rakyat terhadap UMNO semakin meningkat sejak kita di pundak kuasa ini.

“Hari ni saya nak lontar kepada perwakilan kepada akar umbi untuk jawab apakah keberadaan UMNO dalam kerajaan menyebabkan kepercayaan rakyat terhadap kita meningkat.

“Ini beza pemimpin yang bercakap benar dan bersikap penjilat dan pencacai. Percaya atau tidak kita sedang berdepan krisis kepercayaan rakyat dan ini hakikat yang tak boleh kita sorok,” katanya.

Beliau berpandangan, UMNO perlu bersikap jujur dan tidak bercakap bohong sekiranya merakan mahukan parti menerima kembali kepercayaan daripada orang ramai.

“Usulkan apa yang perlu kita buat mengikut suara akar umbi di bawah ini… bercakap suara rakyat, suarakan suara rakyat… kalau itu suara rakyat wajib kita suarakan,” katanya.

Related Posts

Pas belum maafkan Bersatu, krisis Perlis terus hantui PN

KENYATAAN Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari mengenai kepercayaan yang sukar dipulihkan dilihat mengesahkan bahawa krisis politik Perlis masih menjadi titik hitam dalam hubungan antara Pas dan Bersatu). Walaupun Presiden…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Isu lembu korban episod baharu pertelagahan Pas-Bersatu Perlis

KANGAR – Isu dakwaan penjualan bahagian lembu korban sumbangan kerajaan negeri dilihat menjadi episod baharu dalam siri pertelagahan terbuka antara Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di Perlis yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Isu Rohingya: KP JKOM tinjau kawasan di Selayang teliti keluhan rakyat

Isu Rohingya: KP JKOM tinjau kawasan di Selayang teliti keluhan rakyat

Pas belum maafkan Bersatu, krisis Perlis terus hantui PN

Pas belum maafkan Bersatu, krisis Perlis terus hantui PN

Perubahan berkesan bukan yang paling viral tapi bermanfaat buat rakyat

Perubahan berkesan bukan yang paling viral tapi bermanfaat buat rakyat

MBI tawar diskaun 50 peratus kompaun, parkir dan bot percuma sempena ulang tahun Bandar Raya Ipoh ke-38

MBI tawar diskaun 50 peratus kompaun, parkir dan bot percuma sempena ulang tahun Bandar Raya Ipoh ke-38

MCMC arah CelcomDigi tingkat kualiti liputan perkhidmatan telekomunikasi di Kampung Tinagat, Tawau segera

MCMC arah CelcomDigi tingkat kualiti liputan perkhidmatan telekomunikasi di Kampung Tinagat, Tawau segera

Isu Dialog Datuk Bandar Sedunia di China: Amy Tnay perjelas status kehadiran

Isu Dialog Datuk Bandar Sedunia di China: Amy Tnay perjelas status kehadiran