Naim janji perjuang kepentingan semua lapisan masyarakat Kinabatangan

KINABATANGAN – Calon Barisan Nasional (BN), Mohd Kurniawan Naim Moktar menegaskan khidmat yang akan dilaksanakan sekiranya beliau diberi mandat, ia tidak hanya tertumpu kepada penyokong BN semata-mata, sebaliknya melibatkan seluruh lapisan masyarakat di Parlimen Kinabatangan tanpa mengira fahaman politik.

Menurut Naim, beliau komited untuk melaksanakan amanah serta memperjuangkan kepentingan semua pihak, termasuk penyokong GRS, Amanah dan masyarakat setempat di kawasan Lamag, Kuamut dan Sukau.

“Walaupun kami calon daripada Barisan Nasional, Insya-Allah jika dipilih nanti, khidmat kami bukan hanya untuk orang BN, tetapi untuk semua masyarakat yang ada di Kinabatangan,” ujarnya ketika berucap kepada jentera parti baru-baru ini.

Ketua Pemuda BN Kinabatangan itu turut menyeru golongan muda supaya bangkit memainkan peranan utama dalam menentukan hala tuju masa depan Kinabatangan.

“Ini adalah masanya orang muda.

“Jika peluang yang diberikan kepada golongan muda ini tidak dihargai oleh orang muda sendiri, maka punahlah harapan kita untuk masa depan Kinabatangan,” katanya.

Tambah Naim, semua pihak perlulah melangkah ke hadapan dengan semangat baharu, berjalan seiring bersama rakan-rakan dalam kerajaan dan masyarakat setempat demi satu matlamat iaitu memastikan kemajuan dan kesejahteraan masyarakat di Kinabatangan.

“Walaupun tidak mudah untuk mencapai kata sepakat dalam kalangan rakan politik yang berbeza latar belakang, semangat kebersamaan dan toleransi perlu diutamakan demi kepentingan rakyat.

“Yang sedikit kita kongsi, yang banyak kita bagi-bagi. Susah senang sama-sama, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.

“Buang yang keruh, ambil yang jernih, barulah perpaduan dapat diperkukuhkan,” ujarnya.

Related Posts

Exco Perlis letak jawatan AJK Bersatu Arau serta-merta

ARAU – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Perlis terus menerima tekanan selepas seorang Exco Kerajaan Negeri Perlis meletakkan jawatan sebagai Ahli Jawatankuasa (AJK) Bersatu Bahagian Arau berkuat kuasa serta-merta. Beliau,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RCI Tabung Haji : ‘Isu ini penting untuk rakyat tahu, tak perlu untuk drama politik’ – Radzi Jidin

RCI Tabung Haji : ‘Isu ini penting untuk rakyat tahu, tak perlu untuk drama politik’ – Radzi Jidin

Kelindan lori maut, motosikal rempuh lori rigid

  • By Fatin
  • August 11, 2026
Kelindan lori maut, motosikal rempuh lori rigid

Pembangkang keluar Dewan Rakyat ketika Sidang Khas RCI TH disifatkan kebudak-budakan – Amidi

Pembangkang keluar Dewan Rakyat ketika Sidang Khas RCI TH disifatkan kebudak-budakan – Amidi

‘Jika tak dapat tuntut di dunia, saya tuntut di akhirat’ – Pendeposit TH

‘Jika tak dapat tuntut di dunia, saya tuntut di akhirat’ – Pendeposit TH

Pindaan akta, kriteria pelantikan ahli lembaga Tabung Haji wajar diperketat

Pindaan akta, kriteria pelantikan ahli lembaga Tabung Haji wajar diperketat

Gua Monsud berpotensi jadi tarikan eko-pelancongan baharu Pulau Banggi

Gua Monsud berpotensi jadi tarikan eko-pelancongan baharu Pulau Banggi