Pantau pihak salah guna logo, sijil halal

KUANTAN – Pengurusan isu halal di negara ini perlu dilakukan secara jelas, tegas dan berhati-hati supaya tidak menimbulkan kekeliruan dalam kalangan umat Islam.

Kesilapan dalam hal berkaitan pemberian sijil halal sebagai contoh, bukan hanya mencemarkan keyakinan pengguna Islam, bahkan menjejaskan reputasi Malaysia sebagai peneraju global dalam industri halal.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lantikan Pahang, Datuk Ahmad Irshadi Abdullah Al-Qari berkata, penggunaan sijil halal selain daripada yang dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) perlu dibanteras bagi menjaga kemaslahatan umat Islam.

“Umat Islam perlu berhati-hati dan kenal dengan logo halal yang sah supaya tidak tertipu.

“Ini kerana, ada banyak pihak cuba mengambil peluang mengaut keuntungan memandangkan industri halal mempunyai nilai pasaran yang sangat besar,” katanya.

Beliau mengulas demikian ketika ditanya berkaitan isu halal dan pensijilan halal yang sering menjadi perdebatan dalam kalangan umat Islam.

Tahun lalu, JAKIM mengumumkan produk menggunakan logo ‘Muslim Choice’ adalah tidak sah, sambil menjelaskan ‘hanya logo dikeluarkan JAKIM saja dikira sebagai sah’ dalam menentukan status halal sesuatu produk di pasaran.

Sebagai rujukan, industri halal di Malaysia disasarkan menyumbang 8.1 peratus bersamaan RM137.6 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tahun lalu dan diunjurkan meningkat kepada 10.8 peratus bersamaan RM260 bilion menjelang tahun 2030.

Dalam perkembangan sama, Ahmad Irshadi mencadangkan, peningkatan penguatkuasaan dan mekanisme pemantauan perlu diperhebatkan bagi mengekang penyalahgunaan logo dan sijil halal.

“Dengan usaha kolektif semua pihak berkuasa seperti Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, JAKIM serta jabatan agama Islam negeri, saya percaya usaha bagi menghalang aktiviti salah guna logo halal mampu dibanteras sebaiknya,” katanya.

Beliau turut menyarankan pihak penguat kuasa melakukan pemantauan terhadap restoran yang meletakkan papan tanda ‘Muslim Friendly Food’.

“Kalau boleh papan tanda seumpama itu ditanggalkan atau diturunkan dari premis atau restoran kerana ia boleh mengelirukan pelanggan.

“Perlu dijelaskan bahawa pihak JAKIM hanya mengeluarkan sijil halal dan label ‘Muslim Friendly Food’ tidak mempunyai kaitan dengan pengesahan halal dikeluarkan JAKIM.

“Bahkan dalam syariat Islam, perkara ini adalah jelas… hanya ada makanan halal dan haram, tidak ada istilah ‘Muslim Friendly Food’,” ujarnya.

Related Posts

MA63: Citra Sabah dalam kurikulum sekolah bermula tahun depan

KOTA KINABALU – Kementerian Pendidikan akan memasukkan elemen citra Sabah dalam kurikulum baharu bagi murid Darjah Satu dan pelajar Tingkatan Satu bermula tahun hadapan Menterinya, Datuk Seri Fadhlina Sidek berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerusi Parlimen Sabah, Sarawak perlu diperkukuh sebagai benteng Perlembagaan

KOTA KINABALU – Penambahan jumlah dan peratusan kerusi Parlimen bagi Sabah dan Sarawak penting sebagai benteng Perlembagaan bagi melindungi watak asal Persekutuan Malaysia. Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan merangkap…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

RM6.62 bilion tangani isu sekolah daif Sabah, 245 sekolah siap sepenuhnya

RM6.62 bilion tangani isu sekolah daif Sabah, 245 sekolah siap sepenuhnya

Tujuh lelaki dicekup, polis Limbang rampas dadah dalam Ops Tapis Khas

Tujuh lelaki dicekup, polis Limbang rampas dadah dalam Ops Tapis Khas

MA63: Citra Sabah dalam kurikulum sekolah bermula tahun depan

MA63: Citra Sabah dalam kurikulum sekolah bermula tahun depan

Kerusi Parlimen Sabah, Sarawak perlu diperkukuh sebagai benteng Perlembagaan

  • By Ezmie
  • September 11, 2026
Kerusi Parlimen Sabah, Sarawak perlu diperkukuh sebagai benteng Perlembagaan