Ibu bapa sambut baik Bantuan Awal Persekolahan, berjaya ringankan beban kewangan

IPOH — Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kampung Pasir Puteh, di sini, menjadi tumpuan ibu bapa apabila mereka beratur panjang bagi menerima Bantuan Awal Persekolahan (BAP) pada Rabu.

Bantuan berkenaan merupakan inisiatif kerajaan yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, bagi meringankan beban kewangan ibu bapa dalam membuat persiapan persekolahan anak-anak menjelang sesi akademik baharu.

Program penyerahan bantuan dimulakan dengan ucapan aluan oleh Pengetua SMK Kampung Pasir Puteh, Abdul Rahman Mustar, yang merakamkan penghargaan kepada kerajaan atas pelaksanaan bantuan tersebut.

Menurut beliau, inisiatif itu membantu memastikan pelajar daripada pelbagai latar belakang ekonomi tidak tercicir dalam mendapatkan keperluan asas persekolahan.

“Bantuan ini selari dengan aspirasi Malaysia Madani yang menekankan kesaksamaan akses pendidikan dan kebajikan rakyat,” katanya.

Majlis diteruskan dengan simbolik penyerahan bantuan kepada 10 pelajar terpilih sebelum proses pengagihan kepada ibu bapa dijalankan di kelas masing-masing bagi memastikan urusan berjalan lancar dan teratur.

Sementara itu, salah seorang ibu bapa, Noor Ileia Md Disa, menyifatkan bantuan berkenaan sebagai amat membantu, khususnya dalam keadaan kos sara hidup yang semakin meningkat.

“Bantuan ini benar-benar meringankan beban kami untuk menyediakan keperluan persekolahan anak-anak,” katanya ketika ditemui.

Kerajaan sebelum ini menegaskan komitmen untuk terus melaksanakan dasar bersifat inklusif bagi memastikan kebajikan rakyat, khususnya dalam sektor pendidikan, terus terpelihara.

Pelaksanaan Bantuan Awal Persekolahan itu juga dilihat sebagai antara usaha kerajaan memastikan tiada pelajar tercicir dan mampu mengikuti pembelajaran dalam persekitaran yang kondusif.

Related Posts

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

SHAH ALAM – Tiada parti politik yang meletakkan agenda menggulingkan Raja sebagai sebahagian daripada manifesto ketika meminta mandat rakyat pada pilihan raya negeri (PRN). Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

SHAH ALAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan laporan awal berkaitan pengurusan dan tatakelola Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) akan didedahkan kepada umum minggu depan. Anwar berkata, pendedahan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Belanjawan 2027 perlu bina keupayaan ekonomi rakyat, negeri

  • By Ezmie
  • September 21, 2026
Belanjawan 2027 perlu bina keupayaan ekonomi rakyat, negeri

Gerbang Kemenangan jadi Kompleks Ketenteraan – Trump

Gerbang Kemenangan jadi Kompleks Ketenteraan – Trump

Penambahbaikan kelayakan BUDI Diesel tepati realiti Sabah, Sarawak

  • By Ezmie
  • September 21, 2026
Penambahbaikan kelayakan BUDI Diesel tepati realiti Sabah, Sarawak

Pengurusan sisa perlu ikut realiti daerah di Sabah

  • By Ezmie
  • September 21, 2026
Pengurusan sisa perlu ikut realiti daerah di Sabah

Permudah lesen spa, tapi jangan buka ruang rasuah – Hannah Yeoh

Permudah lesen spa, tapi jangan buka ruang rasuah – Hannah Yeoh

Lelaki ditahan disyaki ceroboh, cabul warga China

  • By Fatin
  • September 21, 2026
Lelaki ditahan disyaki ceroboh, cabul warga China