Industri maritim pacu ekonomi dan kemahiran tenaga kerja Sarawak

SIBU – Kerajaan Sarawak melihat industri pembinaan dan pembaikan kapal sebagai antara sektor strategik yang berpotensi besar untuk memacu pertumbuhan ekonomi negeri selain menyediakan peluang pekerjaan serta memperkukuh pembangunan kemahiran tenaga kerja tempatan dalam bidang maritim.

Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak, Datuk Michael Tiang Ming Tee berkata, sektor maritim bukan sekadar menyumbang kepada pembangunan ekonomi, malah memainkan peranan penting dalam memastikan sungai-sungai di Sarawak terus menjadi nadi kepada aktiviti industri, perdagangan dan inovasi.

“Kerajaan negeri komited menyokong penggiat industri tempatan menerusi dasar yang mesra pertumbuhan, penyediaan infrastruktur yang berkesan serta keyakinan Sarawak mempunyai keupayaan untuk muncul sebagai hab kecemerlangan maritim di rantau ini”.

“Pembinaan kapal-kapal tersebut membuktikan keupayaan tenaga kerja anak Sarawak yang memiliki kepakaran teknikal dan visi industri bertaraf antarabangsa.”

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Pelancaran Bot Tunda 28 Meter SML 105 serta Penyerahan Bot Tunda 28 Meter SML 103 yang berlangsung di Tuong Aik Shipyard Sdn. Bhd, di sini, pada Isnin.

Dalam majlis sama, SML 103 turut diserahkan kepada rakan strategik dari Indonesia, PT Transcoal Pacific, sekali gus mencerminkan kerjasama rentas sempadan dalam industri maritim.

Michael Tiang turut merakamkan penghargaan kepada jurukimpal, jurutera, perancang dan pasukan logistik yang terlibat, sambil menegaskan bahawa kejayaan ini membawa mesej jelas bahawa Sarawak mampu membina, menghantar dan bersaing di peringkat global.

Foto: Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS)

Related Posts

Malaysia, Indonesia perkukuh komitmen tingkatkan perdagangan intra-ASEAN

JAKARTA – Malaysia dan Indonesia menekankan kepentingan memperkukuh perdagangan serta pelaburan dalam kalangan negara anggota ASEAN bagi meningkatkan daya tahan ekonomi serantau berdepan ketidaktentuan ekonomi global. Menteri Luar, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan Persekutuan terus perkukuh sektor agromakanan Johor, suntik dana demi kesejahteraan rakyat

KERAJAAN Persekutuan menerusi Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) terus menunjukkan komitmen yang tinggi dalam memperkasakan sektor pertanian dan agromakanan di Johor menerusi pelbagai bentuk bantuan, peruntukan serta projek pembangunan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Isu Rohingya: KP JKOM tinjau kawasan di Selayang teliti keluhan rakyat

Isu Rohingya: KP JKOM tinjau kawasan di Selayang teliti keluhan rakyat

Pas belum maafkan Bersatu, krisis Perlis terus hantui PN

Pas belum maafkan Bersatu, krisis Perlis terus hantui PN

Perubahan berkesan bukan yang paling viral tapi bermanfaat buat rakyat

Perubahan berkesan bukan yang paling viral tapi bermanfaat buat rakyat

MBI tawar diskaun 50 peratus kompaun, parkir dan bot percuma sempena ulang tahun Bandar Raya Ipoh ke-38

MBI tawar diskaun 50 peratus kompaun, parkir dan bot percuma sempena ulang tahun Bandar Raya Ipoh ke-38

MCMC arah CelcomDigi tingkat kualiti liputan perkhidmatan telekomunikasi di Kampung Tinagat, Tawau segera

MCMC arah CelcomDigi tingkat kualiti liputan perkhidmatan telekomunikasi di Kampung Tinagat, Tawau segera

Isu Dialog Datuk Bandar Sedunia di China: Amy Tnay perjelas status kehadiran

Isu Dialog Datuk Bandar Sedunia di China: Amy Tnay perjelas status kehadiran