Komitmen MA63 diperkasa, Kerajaan Persekutuan pantau rapi banjir di Sarawak dan Sabah

KOTA KINABALU – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak), Datuk Mustapha Sakmud terus menyatakan komitmen berterusan Kerajaan Persekutuan terhadap pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Katanya, kunjungan hormat kepada Timbalan Menteri II, Datuk Fadillah Yusof bertujuan untuk memperkasa kesinambungan serta meneruskan kerja-kerja yang telah dimulakan berkaitan MA63 agar hak dan kepentingan Sabah dan Sarawak terus dipelihara selaras dengan semangat pembentukan Malaysia.

“Usaha berterusan ini adalah tanggungjawab bersama yang harus dicapai bukan hanya untuk kemakmuran warga Sabah dan Sarawak, akan tetapi untuk kesejahteraan bersama kita semua sebagai rakyat Malaysia.

“Terima kasih YAB Datuk Fadillah Yusof atas kesudian melapangkan masa untuk pertemuan yang cukup bermakna ini dan bersama untuk mengangkat isu MA63 ini sebagai Agenda Nasional,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook miliknya, pada Ahad.

Mengulas berkenaan situasi banjir di Sabah dan Sarawak ketika ini, Mustapha berkata, Kerajaan Persekutuan akan membuat pemantauan berterusan bagi memastikan keselamatan penduduk kekal menjadi keutamaan pihak berwajib di lapangan.

Di Sarawak, pihaknya menerima laporan banjir sedang melanda di beberapa kawasan terutamanya di daerah Serian, Samarahan, Bintulu, Mukah, Miri dan Sibu.

“Menurut maklumat terkini yang diterima, situasi banjir di negeri ini terus mencabar apabila 41 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) telah dibuka dan kini menempatkan seramai 3,690 orang mangsa.

“Agensi terlibat seperti NADMA, APM, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta agensi Kerajaan Sarawak dan Persekutuan telah digerakkan sepenuhnya ke semua kawasan terjejas.

“Koordinasi bersama Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak terus dipergiat bagi memastikan semua aset dan bantuan sampai dengan segera kepada mereka yang memerlukan,” katanya.

Sementara itu, di Sabah, beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Sepanggar berkata, meskipun situasi semakin reda, pihaknya turut memantau secara aktif perkembangan 367 orang mangsa banjir yang masih berlindung di dua PPS di daerah Beaufort.

Tambahnya, dalam masa yang sama, Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Sepanggar juga sedang giat menjalankan program gotong royong bagi membantu kerja-kerja pembersihan pasca banjir di sekitar Parlimen Sepanggar yang terkesan.

“Saya mendoakan agar semua mangsa banjir diberikan kekuatan, ketabahan dan dilindungi daripada sebarang kecelakaan.

“Marilah kita bersama-sama menyantuni dan membantu saudara-saudara kita yang terjejas dalam ujian ini,” ujarnya.

Related Posts

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

SEREMBAN – Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan yang mempunyai 36 kerusi, secara rasmi akan dibubarkan berkuat kuasa pada Jumaat, bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16. Pembubaran…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

SEREMBAN – Teka-teki mengenai masa depan Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan dijangka terjawab dalam tempoh beberapa hari lagi apabila desas-desus pembubarannya semakin kuat diperkatakan dalam kalangan pemain politik negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

Kemelut SD bekas MB Perlis kembali membara

Kemelut SD bekas MB Perlis kembali membara

Pemandu mabuk bakal berdepan hukuman lebih berat

Pemandu mabuk bakal berdepan hukuman lebih berat

PBAPP laksana tarif baharu air mulai 1 Julai

PBAPP laksana tarif baharu air mulai 1 Julai