Pengundi sedia undi Lamag, Kinabatangan serentak

KINABATANGAN – Pengundi kawasan DUN Lamag bersedia menunaikan tanggungjawab sekali lagi apabila akan memilih wakil rakyat DUN dan Parlimen Kinabatangan secara serentak, pada Pilihan Raya Kecil, 24 Januari ini.

Seorang pengundi, Amil, 40-an berkata, beliau sentiasa bersedia mengambil bahagian dalam proses demokrasi berkenaan sebagai peluang memilih kepimpinan yang mampu membawa pembangunan menyeluruh di peringkat negeri dan Persekutuan.

“Susulan pemergian Ahli Parlimen yang juga ADUN Lamag, Datuk Seri Bung Moktar Radin, PRK ini amat penting untuk agenda pembangunan kawasan ini diteruskan oleh bakal wakil rakyat.

“Saya sudah mengundi banyak kali dan saya menyeru agar semua pengundi Lamag turun sekali lagi beramai-ramai kerana kita memilih wakil kita untuk diketengahkan diperingkat atasan,” katanya kepada wartawan The Malaysia Press, di Lamag, pada Ahad.

Dalam pada itu, beliau juga memuji usaha dan suara yang dibawa Allayarham Bung demi keperluan dan Kesejahteraan komuniti di Kinabatangan sepanjang menjadi wakil rakyat di daerah ini.

“Banyak yang dibangunkan oleh Datuk Bung sepanjang beliau menjadi wakil rakyat di sini
terutamanya Pejabat Pendidikan, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kinabatangan, dewan baharu dan Mahkamah Syariah,” katanya.

Bagi Ikman Sulaiman, 23, yang bakal menunaikan tanggunjawabnya kali keempat pada PRK Lamag dan Kinabatangan percaya bahawa calon wakil rakyat Lamag boleh memberi yang terbaik untuk rakyat sekiranya diberi mandat.

“Ini tanggungjawab kan, mesti tunaikan. Saya harap ramai pengundi muda turun mengundi dan pada calon, jika menang, bawalah banyak penambahbaikan untuk rakyat,” ujarnya.

  • Related Posts

    Kilang pasang Jalur Gemilang, bendera Johor terbalik diarah tutup serta-merta

    KULAI – Majlis Perbandaran Kulai Majlis Perbandaran Kulai (MPKu) menutup serta-merta sebuah kilang dalam kawasan perindustrian, di sini kerana didapati memasang Jalur Gemilang dan bendera Johor secara terbalik. Pengerusi Jawatankuasa…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca
    Lelaki ugut cederakan individu guna pedang direman

    KANGAR – Gara-gara perselisihan faham berkaitan isu peribadi, seorang lelaki yang bertindak membuat hantaran berunsur ugutan untuk mencederakan individu lain menggunakan sebilah pedang, ditahan polis. Pemangku Ketua Polis Perlis, Senior…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca

    Perlu dibaca

    Kilang pasang Jalur Gemilang, bendera Johor terbalik diarah tutup serta-merta

    Kilang pasang Jalur Gemilang, bendera Johor terbalik diarah tutup serta-merta

    Lelaki ugut cederakan individu guna pedang direman

    Lelaki ugut cederakan individu guna pedang direman

    Pas, PN perlu buktikan kemampuan tadbir negara, bukan sekadar retorik – Ibrahim Ali

    Pas, PN perlu buktikan kemampuan tadbir negara, bukan sekadar retorik – Ibrahim Ali

    RM4.3 juta diluluskan untuk tiga hospital di Sabah

    RM4.3 juta diluluskan untuk tiga hospital di Sabah

    Pemansuhan AUKU: UNIMAS sambut baik usaha KPT perkasa perundangan pendidikan tinggi

    Pemansuhan AUKU: UNIMAS sambut baik usaha KPT perkasa perundangan pendidikan tinggi

    Pusat Jantung Sabah dijangka beroperasi suku ketiga 2029

    • By Fatin
    • August 17, 2026
    Pusat Jantung Sabah dijangka beroperasi suku ketiga 2029