Disyaki sabotaj, Armizan lapor polis isu air Papar

KOTA KINABALU – Ahli Parlimen Papar, Datuk Armizan Mohd Ali, membuat laporan polis susulan gangguan kritikal bekalan air di Mukim Kinarut dan Kawang sejak Disember 2025, yang disyaki melibatkan unsur khianat dan sabotaj terhadap infrastruktur utiliti awam.

Katanya, laporan itu dibuat selepas mesyuarat khas bersama jabatan dan agensi berkaitan serta kontraktor dua projek bekalan air di Papar. Mesyuarat dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah dengan persetujuan Ketua Menteri.

“Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) memaklumkan dapatan pasukan khas di lapangan mendapati berlaku gangguan terhadap injap pintu air di dua pam penggalak JANS yang membekalkan air ke Mukim Kinarut dan Kawang.

“Gangguan itu antaranya melibatkan alihan bekalan air ke kawasan luar mukim berkenaan sehingga ke luar sempadan Papar, sekali gus menyebabkan bekalan ke kawasan yang sedia berada dalam jadual catuan semakin berkurangan,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook miliknya, pada Jumaat.

Jelasnya, keadaan itu telah mendatangkan kesulitan serius kepada penduduk, justeru siasatan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) perlu dijalankan kerana tindakan berkenaan disyaki melibatkan kesalahan jenayah.

Walaupun JANS telah memberi komitmen untuk menjalankan siasatan dalaman, beliau menegaskan siasatan oleh PDRM wajar dilakukan secara serentak memandangkan isu itu membabitkan kepentingan awam dan keselamatan utiliti asas.

Dalam pada itu, Armizan turut menyatakan beberapa langkah serta-merta dipersetujui bagi menstabilkan bekalan air, termasuk meneruskan penghantaran air menggunakan lori tangki.

“Selain itu, melaksanakan penyambungan silang antara rangkaian paip Loji Rawatan Air (LRA) Kogopon dan tangki utama Kawang, selain meningkatkan kapasiti pemprosesan LRA Kogopon 1 sebagai langkah interim sementara menunggu siapnya LRA Kogopon 2 pada 2026,” ujarnya.

Related Posts

Koperasi Sabah perlu berani teroka industri pelancongan – SKM

KOTA KINABALU – Gerakan koperasi di Sabah disaran lebih berani memanfaatkan potensi besar sektor pelancongan sebagai sumber pertumbuhan ekonomi baharu melalui pembangunan produk, perkhidmatan dan jaringan perniagaan yang lebih kompetitif.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Rakyat Pahang perlu ambil peluang sertai program publisiti draf Rancangan Struktur negeri

KUANTAN – Semua rakyat negeri ini diseru mengambil peluang menyertai Program Publisiti dan Penyertaan Awam Draf Rancangan Struktur Negeri Pahang 2040 (Kajian Semula) bagi memastikan setiap perancangan pembangunan yang dirangka…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nurul Izzah undur jawatan Timbalan Presiden PKR

Nurul Izzah undur jawatan Timbalan Presiden PKR

Ismail Sabri didakwa esok berkait kes pengisytiharan harta

Ismail Sabri didakwa esok berkait kes pengisytiharan harta

Koperasi Sabah perlu berani teroka industri pelancongan – SKM

Koperasi Sabah perlu berani teroka industri pelancongan – SKM

KLFW 2026 pemangkin produk tempatan ke pentas dunia

KLFW 2026 pemangkin produk tempatan ke pentas dunia

Rakyat Pahang perlu ambil peluang sertai program publisiti draf Rancangan Struktur negeri

Rakyat Pahang perlu ambil peluang sertai program publisiti draf Rancangan Struktur negeri

Polis klasifikasikan penemuan tulang sebagai kes bunuh

Polis klasifikasikan penemuan tulang sebagai kes bunuh