Sarawak sokong perluasan ‘Trans-Borneo Railway’ ke Kalimantan

KUCHING – Sarawak menyuarakan sokongan penuh terhadap cadangan perluasan projek landasan kereta api ‘Trans-Borneo Railway’ melintasi sempadan hingga ke wilayah Kalimantan, Indonesia.

Konsul Jenderal Republik Indonesia di Kuching, Dr Abdullah Zulkifli berkata, langkah strategik itu dilihat mampu memacu hubungan ekonomi, merancakkan aktiviti perdagangan serta memudahkan mobiliti penduduk di seluruh kepulauan Borneo.

Menurutnya, perkara itu disuarakan oleh Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg semasa pertemuan mereka, yang mahu melihat jaringan pengangkutan tersebut diperluaskan demi manfaat bersama.

“Premier Sarawak menggalakkan agar jaringan konektiviti ‘Trans-Borneo Railway’ ini dipanjangkan ke wilayah Kalimantan.

“Ini merupakan peluang terbaik untuk mempererat kerjasama antara Sarawak dengan Kalimantan, sekali gus menjadikan Borneo sebagai hab pembangunan ekonomi dan perdagangan yang menguntungkan semua pihak,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mengadakan kunjungan hormat ke atas Abang Johari di Kompleks Satria Pertiwi pada Jumaat.

Pertemuan itu merupakan kunjungan rasmi pertama Abdullah sejak memegang jawatan tersebut pada Oktober tahun lalu.

Mengulas lanjut, Abdullah berkata, tumpuan utamanya ketika ini adalah untuk mempertingkatkan aspek kesalinghubungan khususnya menjelang penganjuran Sukan SEA 2027 yang bakal berlangsung di Kuching untuk acara perasmian.

“Hubungan antara Kuching dengan Pontianak sedia terjalin erat memandangkan kedudukannya yang berhampiran.

“Justeru, kita menjangkakan peningkatan kehadiran pengunjung dari Indonesia ke Sarawak bagi menyaksikan temasya sukan itu nanti, selain Sukan Borneo yang dijadualkan berlangsung di Kalimantan Timur pada tahun yang sama,” jelasnya.

Foto: Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS)

Related Posts

Kemerdekaan sebenar dituntut melalui keharmonian dan perpaduan utuh

Oleh: Haziq Azhar, Nana Mohammad, Jasmine AE, Mohammad Fikri & Helda Julie KUCHING – Ketibaan Bulan Kebangsaan bukan sekadar detik untuk mengingati lipatan sejarah dan mengibarkan Jalur Gemilang semata-mata, sebaliknya…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PM arah siasatan segera tiga anggota polis maut terkena renjatan elektrik

KOTA KINABALU – Tiga anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) maut akibat renjatan elektrik di Beaufort, pada Khamis. Mangsa dikenali sebagai Chiu Teck Siong, 40, Mohammad Nur Hafiz Ibrahim, 29 dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kemerdekaan sebenar dituntut melalui keharmonian dan perpaduan utuh

Kemerdekaan sebenar dituntut melalui keharmonian dan perpaduan utuh

PM arah siasatan segera tiga anggota polis maut terkena renjatan elektrik

PM arah siasatan segera tiga anggota polis maut terkena renjatan elektrik

Nurul Izzah undur jawatan Timbalan Presiden PKR

Nurul Izzah undur jawatan Timbalan Presiden PKR

Ismail Sabri didakwa esok berkait kes pengisytiharan harta

Ismail Sabri didakwa esok berkait kes pengisytiharan harta

Koperasi Sabah perlu berani teroka industri pelancongan – SKM

Koperasi Sabah perlu berani teroka industri pelancongan – SKM

KLFW 2026 pemangkin produk tempatan ke pentas dunia

KLFW 2026 pemangkin produk tempatan ke pentas dunia