Warga emas maut, motosikal rempuh pembahagi jalan

LAWAS – Hasrat warga emas untuk pulang ke rumah tidak kesampaian apabila maut selepas motosikal yang ditungganginya merempuh pembahagi jalan di Kilometer 7, Jalan Lawas–Merapok, berhampiran Jambatan Kampung Gaya.

Dalam kejadian jam 1.45 petang itu, mangsa yang berusia 70 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Lawas, DSP Liong Tindan berkata, siasatan awal mendapati mangsa ketika itu sedang dalam perjalanan dari arah Lawas menuju ke Merapok.

“Mangsa dipercayai sedang menuju ke kediamannya di Long Tuma. Bagaimanapun, setibanya di tempat kejadian, motosikal yang ditungganginya dipercayai hilang kawalan dan terbabas ke bahu jalan sebelum melanggar pembahagi jalan,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Liong memaklumkan, mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Lawas untuk tindakan lanjut dan kes kini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Foto: Facebook Info Kemalangan & Bencana

Related Posts

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

KOTA KINABALU – Kerajaan Persekutuan meluluskan RM1.57 bilion bagi memperkukuh pembangunan sektor kesihatan Sabah menerusi Rolling Plan 1 (RP1) Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi 2026. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

KUANTAN – Polis Pahang mengesahkan satu kejadian rompakan berlaku di sebuah kedai emas dalam pusat beli-belah di Genting Highlands dekat Bentong hari ini. Pemangku Ketua Polis Pahang Datuk Azry Akmar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok