Ops Harian: JPJ Miri periksa 176 kenderaan

MIRI – Sebanyak 176 kenderaan diperiksa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Cawangan Miri menerusi Ops Harian yang dijalankan di sekitar bandar raya ini bagi memastikan pematuhan undang-undang jalan raya.

Operasi penguatkuasaan statik yang dikendalikan Unit Operasi JPJ Miri itu tertumpu di beberapa lokasi utama termasuk Jalan Miri By Pass dan Jalan Dato Sri Joseph Balan Seling.

Menurut kenyataan JPJ Cawangan Miri, pemeriksaan tersebut melibatkan pelbagai jenis kenderaan perdagangan dan persendirian.

“Hasil operasi mendapati beberapa kesalahan dikesan antaranya pemandu tidak memiliki lesen memandu yang sah, cukai jalan dan perlindungan insurans tamat tempoh serta kesalahan berkaitan aspek teknikal kenderaan,” katanya.

Kenyataan itu turut menegaskan, operasi penguatkuasaan akan diteruskan secara berkala sebagai langkah pencegahan serta mendidik pengguna jalan raya supaya sentiasa mematuhi peraturan lalu lintas.

Jelasnya, inisiatif itu selaras dengan komitmen jabatan dalam memastikan keselamatan dan kesejahteraan semua pengguna jalan raya di Miri sentiasa terjamin.

Foto : Facebook JPJ Miri

Related Posts

Mengeluh tidak akan selesaikan krisis — JKOM kupas tekanan ekonomi semasa

Oleh: Yusoff Din KUANTAN – Isu kenaikan harga barang, tekanan kos sara hidup dan cabaran ekonomi semasa menjadi fokus utama dalam Program Hasrat MADANI anjuran Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM) menerusi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Mujahid santuni ahli Amanah, tekankan politik matang dan rahmah

ISKANDAR PUTERI – Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Senator Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa berkesempatan menghadiri program Sembang Santai bersama ahli dan pimpinan Amanah kawasan Iskandar Puteri yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Mengeluh tidak akan selesaikan krisis — JKOM kupas tekanan ekonomi semasa

Mengeluh tidak akan selesaikan krisis — JKOM kupas tekanan ekonomi semasa

Mujahid santuni ahli Amanah, tekankan politik matang dan rahmah

Mujahid santuni ahli Amanah, tekankan politik matang dan rahmah

RM230 juta bagi Skim PADURI MADANI, sasar lahir 29,000 usahawan wanita B40

RM230 juta bagi Skim PADURI MADANI, sasar lahir 29,000 usahawan wanita B40

BN Johor beri isyarat pertandingan tiga penjuru PRN dan PRU – Suhaizan

BN Johor beri isyarat pertandingan tiga penjuru PRN dan PRU – Suhaizan

Muzakarah ulama seru agenda “Tajdid Siyasi Malaysia” demi politik lebih harmoni

Muzakarah ulama seru agenda “Tajdid Siyasi Malaysia” demi politik lebih harmoni

Anwar dijangka gegar Puteri Wangsa pada ceramah perdana PH esok

Anwar dijangka gegar Puteri Wangsa pada ceramah perdana PH esok