Keselamatan perlu diperkasa secara holistik jika mahu membangun industri pelancongan mampan

PUTRAJAYA – Terdapat keperluan pihak berkuasa mengiktiraf keselamatan bukan sekadar komponen untuk infrastruktur atau penguatkuasaan, namun asas yang menjadi kunci pembinaan industri pelancongan yang berjaya.

Aktivis perlindungan sosial, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, ia mesti menjadi keutamaan yang tidak boleh dirundingkan dan paling utama dalam perancangan, pelaksanaan dan operasi harian.

“Keselamatan tidak boleh dikuatkuasakan secara bersendirian, ia mesti diamalkan. Kami menggesa peralihan di seluruh negara ke arah memupuk ‘Budaya Keselamatan untuk semua’ yang benar-benar dipercayai.

“Ini memerlukan penguatkuasaan ketat terhadap undang-undang lalu lintas dan peraturan keselamatan maritim yang konsisten, jelas dan tanpa kompromi.

“Kempen awam yang berterusan menyasarkan pemandu, penunggang, penumpang, pengendali bot dan pelancong itu sendiri, menekankan tingkah laku bertanggungjawab dan protokol keselamatan,” katanya menerusi kenyataan kepada The Malaysia Press (TMP), pada Ahad.

Dalam pada itu, Lam Thye memaklumkan, keselamatan setiap pelancong perlu dianggap sebagai keutamaan negara sepanjang Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM 2026).

Beliau yang juga Pengerusi Ikatan Komuniti Selamat berkata, kejayaan TMM 2026 bukan saja bergantung pada kecemerlangan pemasaran, tetapi juga pada realiti ketara persekitaran selamat dan terjamin.

“Setiap nyawa yang terkorban dalam tragedi termasuk insiden kemalangan yang dilaporkan setiap hari bakal merosakkan aspirasi pelancongan negara.

“Serlahkan langkah-langkah keselamatan dan penambahbaikan infrastruktur untuk meyakinkan bakal pelancong. Kita perlu melibatkan pengendalian pelancongan sebagai rakan kongsi aktif dalam mempromosikan dan memastikan piawaian keselamatan,” katanya.

“Kita perlu memperkasakan komuniti tempatan, terutamanya di kawasan tumpuan pelancong dan kawasan pesisir pantai, untuk menjadi penyokong dan pengawas amalan yang selamat,” katanya.

Pada masa sama, beliau berpendapat, keperluan juga menyediakan garis panduan keselamatan yang jelas dan mudah diakses untuk pelancong yang menggunakan jalan raya dan terbabit dalam aktiviti berasaskan air.

Lm Thye menekankan sektor pelancongan bukan sekadar tonggak ekonomi, malah turut menyediakan mata pencarian untuk jutaan orang dan menjadi medan bagi mempamerkan keindahan dan layanan mesra Malaysia kepada dunia.

“Bagaimanapun, seberapa banyak bilangan pantai yang bersih, mahupun bandar yang indah atau kekayaan budaya yang dapat mengimbangi persepsi atau lebih teruk lagi, realiti mengenai keadaan perjalanan yang tidak selamat.

“Berita kemalangan, sama ada kemalangan maut di lebuh raya atau tragedi di laut, tersebar dengan pantas dan global. Kita mesti memastikan akan melaksanakan TMM ini secara selamat dan merentasi perairan yang selamat dan ini memerlukan persediaan teliti,” katanya.

Related Posts

Hari Pahlawan terima peruntukan tambahan RM2 juta

PORT DICKSON – Kerajaan MADANI meluluskan peruntukan tambahan sebanyak RM2 juta sempena sambutan Hari Pahlawan tahun ini sebagai menghargai pengorbanan serta jasa veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mempertahankan kedaulatan negara,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
NGO serah memorandum bantah desakan Ahli Kongres AS, tegas Malaysia berhak tentukan dasar sendiri

KUALA LUMPUR – Dua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyerahkan memorandum kepada Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Kuala Lumpur bagi membantah tindakan lapan Ahli Kongres AS yang menggesa Washington memberi tekanan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

BN pertaruh manifesto berteraskan sembilan fokus utama

BN pertaruh manifesto berteraskan sembilan fokus utama

Kerjasama BN-PN ibarat Titanic, tunggu masa karam – Hannah Yeoh

Kerjasama BN-PN ibarat Titanic, tunggu masa karam – Hannah Yeoh

45 asnaf sekitar Mukah terima sumbangan Saberkas Prihatin

45 asnaf sekitar Mukah terima sumbangan Saberkas Prihatin

Tender semula BELB RM30 juta, jamin bekalan elektrik stabil – Andi Suryady

Tender semula BELB RM30 juta, jamin bekalan elektrik stabil – Andi Suryady

Kebun buah, rumah stor jadi lokasi simpan senjata RM360,000

Kebun buah, rumah stor jadi lokasi simpan senjata RM360,000

Klopp rasmi pengendali baharu Jerman

Klopp rasmi pengendali baharu Jerman