Belum tentu orang Melayu kembali bersama UMNO jika MN dihidupkan

LANGKAH UMNO menarik diri daripada Kerajaan Perpaduan dan kembali menghidupkan Muafakat Nasional (MN) bersama Pas belum menjamin parti itu akan kembali diterima orang Melayu.

Ketua Penerangan Pemuda UMNO Jeli, Wan Mahussin Wan Zain berkata, mengingatkan nasib menimpa partinya ketika bersama dalam MN, terutama selepas Pas kembali mendapat kuasa.

“Siapa tak suka penyatuan bangsa, siapa tak suka tengok orang Islam duduk bersama. Persoalannya, selama ini kita bertanding pilihan raya UMNO lawan Pas. UMNO tidak pernah lawan DAP.

“Sama juga dengan Pas, jadi kolam kita. DAP cari undi dia, kita cari undi kita. Undi kita dalam kalangan Pas. Pengundi Pas ada dalam UMNO, pengundi UMNO ada dalam Pas tapi kita letakkan kesalahan pada DAP. Bagi saya ini tidak adil,” katanya menerusi satu hantaran video di Facebook, pada Ahad.

Wan Mahussin berkata, jika UMNO memilih meninggalkan Kerajaan Perpaduan ketika ini, tidak mustahil Pas mengambil pendirian menyertai Kerajaan Perpaduan.

“Cuba bayangkan, bila kita tarik sokongan dan bayangkan kononnya kita mahu bersama Pas dalam Muafakat Nasional, (tiba-tiba) Pas masuk Kerajaan Perpaduan.

“Benda itu sudah berlaku sebelum ini. Kita kehilangan Pahang, kehilangan Perak dan tak mustahil kita akan kehilangan banyak lagi tempat,” katanya.

Pada Sabtu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Mohamad Akmal Saleh
ketika Konvensyen Khas Pemuda UMNO, menolak sebarang usaha merampas kuasa dan ‘menebuk atap’ sehingga mengakibatkan Kerajaan Perpaduan yang memimpin negara ketika ini tumbang.

Sebaliknya, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau itu menggesa UMNO menarik diri daripada Kerajaan Perpaduan untuk menjadi pembangkang.

Related Posts

Puad pertahan tindakan keluar UMNO, dakwa sistem pemilihan calon tidak telus

JOHOR BAHRU – Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mempertahankan keputusannya meninggalkan parti itu dengan menegaskan tindakannya bukan berpunca daripada kegagalan anaknya dipilih sebagai…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pas dan Bersatu berebut guna logo PN, PH ada peluang menang PRN Johor

PUTRAJAYA – Perebutan logo Perikatan Nasional (PN) antara Pas dan Bersatu mencerminkan kegagalan pembangkang dalam membina satu struktur gabungan yang benar-benar stabil, tersusun dan dihormati oleh semua parti komponennya. Penganalisis…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sarawak cadang lima inisiatif baharu perkasa pendidikan STEM

Sarawak cadang lima inisiatif baharu perkasa pendidikan STEM

Perancis ketuai Kumpulan I, kalahkan Norway 4-1

Perancis ketuai Kumpulan I, kalahkan Norway 4-1

Program MADANI KITA sedia pelbagai aktiviti untuk rakyat

Program MADANI KITA sedia pelbagai aktiviti untuk rakyat

Karisma dan diplomasi MADANI

Karisma dan diplomasi MADANI

HKHM2026 tampil dengan tema ‘Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati’

HKHM2026 tampil dengan tema ‘Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati’

Jemaah Menteri setuju laksana Hari Bekerja Hibrid mulai 1 Ogos

Jemaah Menteri setuju laksana Hari Bekerja Hibrid mulai 1 Ogos