‘Silent majority’ rasai reformasi kerajaan, ‘loud minority’ dominasi naratif media sosial

PUTRAJAYA – Golongan majoriti rakyat yang menikmati hasil reformasi kerajaan dilihat mengambil pendekatan untuk berdiam diri, manakala kumpulan kecil yang lantang pula mendominasi perbincangan di media sosial

Pakar Perang Saraf dan Penganalisis Keselamatan dan Politik Universiti Teknologi MARA (UiTM), Dr Noor Nirwandy Mat Noordin berkata, fenomena itu menyebabkan banyak pencapaian kerajaan di bawah agenda Malaysia MADANI gagal diterjemahkan secara seimbang kepada persepsi awam.

Menurut beliau, bantuan bersasar seperti SARA dan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) memberi kesan besar kepada golongan memerlukan.

“Bagi penerima, bantuan ini memberi impak emosi yang besar, tetapi bagi golongan lain, ia dilihat sebagai perkara biasa.

“Kita berdepan situasi ‘silent majority’ yang menikmati perubahan, tetapi tidak bersuara, berbanding ‘loud minority’ yang menguasai naratif,” katanya pada podcast Minda Tok Abah, pada Jumaat.

Mengulas lanjut, Noor Nirwandy berkata, apabila sesuatu dasar telah dinormalisasikan, ia tidak lagi dianggap sebagai satu pencapaian besar.

“Isu kekurangan bekalan asas seperti minyak, gula dan ayam yang dahulu sering berlaku kini hampir tidak kedengaran,” katanya.

Menurutnya, kejayaan itu jarang dibincangkan kerana masyarakat kini berdepan isu yang lebih kompleks dan bersifat persepsi.

Noor Nirwandy berkata, pembinaan tamadun dan kesejahteraan negara tidak boleh dinilai dalam tempoh singkat.

“Malaysia MADANI adalah proses pembinaan jangka panjang. Ia memerlukan masa untuk dihayati,” katanya.

Beliau turut menyentuh Bajet 2026 yang akan menjadi pemula kepada Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).

“Cabaran menuju 2026 ialah bagaimana menjadikan pencapaian ini lebih nyata dan dapat dirasai dalam kehidupan seharian rakyat,” katanya.

Related Posts

PRU16: GPS sedia hadapi cabaran, saran PRN serentak jimat dana SPR

KUCHING – Gabungan Parti Sarawak (GPS) menyatakan kesiapsiagaan penuh untuk berdepan sebarang kemungkinan Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) lebih awal, malah menyarankan agar Pilihan Raya Negeri (PRN) turut diadakan serentak…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sultan Selangor titah Siew Ki, Ronnie Liu hayati Rukun Negara

SHAH ALAM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan teguran terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor, khususnya ADUN Seri Kembangan, Wong Siew Ki dan bekas Exco Selangor, Ronnie Liu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PRU16: GPS sedia hadapi cabaran, saran PRN serentak jimat dana SPR

PRU16: GPS sedia hadapi cabaran, saran PRN serentak jimat dana SPR

Pulau Pinang bersedia hadapi pilihan raya – Kon Yeow

Pulau Pinang bersedia hadapi pilihan raya – Kon Yeow

Kemuka matan palsu, dua pesara didenda RM5,000

Kemuka matan palsu, dua pesara didenda RM5,000

Sultan Selangor titah Siew Ki, Ronnie Liu hayati Rukun Negara

Sultan Selangor titah Siew Ki, Ronnie Liu hayati Rukun Negara

Kerajaan terus perkasa langkah tangani ketidaktentuan bekalan global

Kerajaan terus perkasa langkah tangani ketidaktentuan bekalan global

‘Mr A’ pegawai polis disyaki terbabit rangkaian edar dadah di Langkawi ditukar serta-merta

‘Mr A’ pegawai polis disyaki terbabit rangkaian edar dadah di Langkawi ditukar serta-merta