PRU16: GPS sedia hadapi cabaran, saran PRN serentak jimat dana SPR

KUCHING – Gabungan Parti Sarawak (GPS) menyatakan kesiapsiagaan penuh untuk berdepan sebarang kemungkinan Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) lebih awal, malah menyarankan agar Pilihan Raya Negeri (PRN) turut diadakan serentak bagi menjimatkan ratusan juta ringgit wang pembayar cukai.

Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, saranan mengadakan pilihan raya secara serentak itu adalah satu langkah rasional demi mengelakkan pembaziran dana di bawah bidang kuasa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Jika negeri-negeri di Semenanjung merancang pembubaran awal, adalah wajar dan praktikal untuk Sarawak turut mengadakan PRN secara serentak.

“Sebagai rujukan, kos pengendalian PRN Sarawak pada penggal lepas sahaja telah mencecah sekitar RM600 juta. Langkah penjimatan ini sangat penting ketika negara turut berdepan tempias tekanan ekonomi global dan peningkatan kos sara hidup akibat konflik geopolitik di Timur Tengah,” katanya.

Beliau berkata demikian sidang media di Bilik Media Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pada Selasa.

Sebagai mengulas amaran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memberi bayangan sedia membubarkan Parlimen lebih awal sekiranya rakan komponen dalam Kerajaan Perpaduan terus menggugat kestabilan politik pada  peringkat Persekutuan.

Menyentuh berkenaan persediaan jentera parti di peringkat negeri, Abdul Karim yang juga Ketua Penerangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) menegaskan bahawa GPS tidak pernah berasa gentar dengan sebarang kemungkinan pilihan raya mengejut.

Menurut beliau, kepemimpinan dan wakil rakyat GPS tidak mengamalkan budaya menunggu ‘musim kempen’ untuk mula bekerja.

“GPS sentiasa bersedia. Sejak memenangi pilihan raya yang lalu, jentera kita tidak henti-henti turun padang dengan fokus yang jelas ke arah agenda pembangunan negeri dan menjaga kebajikan rakyat di peringkat akar umbi,” tegas beliau.

Bagaimanapun, beliau menitipkan peringatan penting kepada seluruh ahli dan jentera parti agar tidak diulit sindrom terlalu yakin walaupun GPS kini memegang dominasi kukuh di Sarawak.

Tegasnya, landskap politik masa kini bersifat sangat dinamik, dan sentimen pengundi boleh berubah secara drastik menjelang hari pengundian sebenar. Oleh itu, momentum perkhidmatan kepada rakyat mesti dikekalkan tanpa sebarang sikap sambil lewa.

Foto: Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS)

Related Posts

Turun padang, Program MADANI Kita jadi ‘benchmark’ agensi kerajaan dekati rakyat

KOTA KINABALU – Pendekatan turun padang menerusi Program MADANI Kita yang dilaksanakan Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM) dalam mendekati masyarakat kini menjadi penanda aras baharu kepada agensi kerajaan lain. Ketua Pengarah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
4 suspek bersenjata samun kedai emas, jumlah kerugian RM500,000

KUANTAN – Empat lelaki bersenjatakan parang dan membawa objek dipercayai ‘pump gun’ menyamun sebuah kedai emas di Taman Pandan Perdana, di sini, kira-kira 2 petang tadi. Ketua Polis Daerah Kuantan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Turun padang, Program MADANI Kita jadi ‘benchmark’ agensi kerajaan dekati rakyat

  • By Fatin
  • August 21, 2026
Turun padang, Program MADANI Kita jadi ‘benchmark’ agensi kerajaan dekati rakyat

4 suspek bersenjata samun kedai emas, jumlah kerugian RM500,000

4 suspek bersenjata samun kedai emas, jumlah kerugian RM500,000

Penemuan artifak buka potensi arkeologi Bukit Batu Putih

Penemuan artifak buka potensi arkeologi Bukit Batu Putih

Anwar hadiri Rundingan Pemimpin Tahunan Ke-27 Malaysia-Brunei

Anwar hadiri Rundingan Pemimpin Tahunan Ke-27 Malaysia-Brunei

Bawah 1% banduan jalani pemulihan komuniti kembali ke penjara

Bawah 1% banduan jalani pemulihan komuniti kembali ke penjara

UMNO Jerantut sampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran

UMNO Jerantut sampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran