Hinaan, maki hamun terhadap institusi negara bukan kritikan

PUTRAJAYA – Serangan berbentuk hinaan, maki hamun dan kecaman tidak berasas di media sosial terhadap institusi kerajaan tidak boleh dianggap sebagai kritikan, sebaliknya berpotensi menjejaskan kepercayaan rakyat dan kestabilan negara.

Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM), Datuk Ismail Yusop berkata, kebebasan bersuara yang dijamin Perlembagaan tidak seharusnya disalahgunakan sehingga mencetuskan budaya kebencian dan merendahkan institusi negara.

Beliau yang juga dikenali sebagai Tok Abah menegaskan, trend serangan dan cercaan sedemikian semakin ketara apabila wacana awam digerakkan oleh algoritma media sosial yang mengutamakan sentimen emosi berbanding fakta.

“Hari ini, apa yang cepat tular ialah kemarahan, cercaan dan persepsi, bukan kebenaran atau hujah.

“Kritikan adalah hak, tetapi hinaan dan maki hamun bukan semak dan imbang. Itu bukan budaya demokrasi yang sihat,” katanya pada podcast Minda Tok Abah yang turut dihadiri Pakar Perang Saraf dan Penganalisis Keselamatan dan Politik Universiti Teknologi MARA (UiTM), Dr Noor Nirwandy Mat Noordin sebagai tetamu jemputan.

Mengulas lanjut, beliau berkata, keadaan menjadi lebih membimbangkan apabila serangan terhadap kerajaan dan agensi dibuat tanpa asas, malah datang daripada pihak yang berada dalam ekosistem sokongan kerajaan sendiri.

Beliau memaklumkan, JKOM bukan milik individu atau mana-mana kumpulan, sebaliknya sebuah institusi negara yang berperanan menjaga peradaban komunikasi dan penyampaian maklumat sahih.

“Apabila pihak dari dalam menyerang kerajaan dan institusi yang diberi mandat rakyat, itu bukan sahaja tidak wajar, malah boleh ditafsir sebagai satu bentuk pengkhianatan terhadap amanah,” katanya.

“Apabila institusi diserang tanpa asas, yang terkesan bukan individu, tetapi negara dan rakyat keseluruhannya,” katanya.

Sementara itu, Noor Nirwandy berkata, serangan beremosi dan berunsur kebencian adalah ciri utama perang saraf moden.

“Perang saraf hari ini tidak menggunakan senjata fizikal, tetapi persepsi, algoritma dan emosi untuk melemahkan keyakinan rakyat terhadap institusi negara,” katanya.

Beliau berkata, cabaran menjelang 2026 ialah mengekalkan kebebasan bersuara dalam demokrasi, namun pada masa sama memastikan adab, maruah dan teras kenegaraan terus dipelihara.

Related Posts

Kerajaan terus perkasa langkah tangani ketidaktentuan bekalan global

KUALA LUMPUR – Kerajaan memperhebat langkah kesiapsiagaan negara menerusi pelaksanaan dasar yang lebih tepat, penyelarasan bantuan yang adil serta tindakan segera bagi mendepani cabaran krisis bekalan global susulan ketidaktentuan ekonomi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
BUDI MADANI Diesel, bantuan interim RM100 diteruskan bantu rakyat hadapi kenaikan kos

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan meneruskan bantuan BUDI MADANI Diesel sebanyak RM300 sebulan selain bantuan interim tambahan RM100 kepada penerima yang layak bagi membantu rakyat berdepan peningkatan kos sara hidup…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan terus perkasa langkah tangani ketidaktentuan bekalan global

Kerajaan terus perkasa langkah tangani ketidaktentuan bekalan global

‘Mr A’ pegawai polis disyaki terbabit rangkaian edar dadah di Langkawi ditukar serta-merta

‘Mr A’ pegawai polis disyaki terbabit rangkaian edar dadah di Langkawi ditukar serta-merta

BUDI MADANI Diesel, bantuan interim RM100 diteruskan bantu rakyat hadapi kenaikan kos

BUDI MADANI Diesel, bantuan interim RM100 diteruskan bantu rakyat hadapi kenaikan kos

Mahligai di tengah derita rakyat, ke mana hilangnya janji Sanusi?

Mahligai di tengah derita rakyat, ke mana hilangnya janji Sanusi?

Melaka mahu KPM pertimbang tarik bantuan pelajar kerap ponteng 

Melaka mahu KPM pertimbang tarik bantuan pelajar kerap ponteng 

SPRM fail rayuan kes anak bekas MB Perlis dibebaskan

SPRM fail rayuan kes anak bekas MB Perlis dibebaskan