‘Mr A’ pegawai polis disyaki terbabit rangkaian edar dadah di Langkawi ditukar serta-merta

ALOR SETAR – Anggota polis yang disyaki terbabit dalam satu rangkaian sindiket pengedaran dadah di Langkawi telah ditukarkan serta-merta bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan secara telus.

Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah berkata, pertukaran itu bukan untuk melindungi atau menyelamatkan anggota berkenaan kerana siasatan secara terperinci masih dijalankan.

“Anggapan bahawa sindiket pengedaran dadah di Langkawi sama seperti Pablo Escobar adalah tidak tepat.

“Saya tidak nafikan memang ada elemen pengedaran dadah di pulau itu dan ia dalam tindakan polis.

“Saya sebagai Ketua Polis Negeri dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sendiri tidak akan melindungi sesiapa pun, baik pegawai kanan mahupun anggota yang terlibat dalam aktiviti berkaitan dadah,” katanya ketika mengulas isu berkenaan pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah di sini, hari ini.

Beliau berkata, pertukaran anggota itu demi kepentingan awam, manakala seorang lagi individu dikenali sebagai ‘Bagok’ berumur 47 tahun yang dipercayai terlibat dalam sindiket itu juga telah ditahan pada Sabtu lepas.

“Kita (polis) tidak akan berkompromi, buktinya dari Januari 2023 hingga April tahun ini, sebanyak 54 pegawai dan anggota ditahan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. Daripada jumlah itu, 38 orang telah dituduh,” kata Adzli.

Baru-baru ini, satu laporan media mendedahkan selepas kematian ‘Pablo Escobar Langkawi’ dikenali sebagai Mat Nahar enam tahun lepas, muncul satu lagi rangkaian pengedaran dadah yang beroperasi secara tersusun di sekitar Langkawi dipercayai didalangi seorang anggota polis dikenali sebagai ‘Mr A’.

Sebelum ini, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail turut menyangkal laporan berita yang menyamakan kegiatan pengedaran dadah di Langkawi seperti operasi kartel antarabangsa.

Beliau berkata, ‘magnitud’ pengedaran dadah di pulau peranginan itu tidak boleh disamakan seperti kartel dadah diketuai pengedar dadah Pablo Escobar, yang mengawal seluruh instrumen pengedaran dadah yang rumit.

Related Posts

Pulau Pinang bersedia hadapi pilihan raya – Kon Yeow

GEORGE TOWN – Pulau Pinang bersedia pada tahap 75 peratus untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) namun tahap kesiapsiagaan tersebut masih tertakluk kepada keputusan serta hala tuju yang akan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kemuka matan palsu, dua pesara didenda RM5,000

TAWAU – Dua pesara sebuah agensi kerajaan negeri di Kunak masing-masing didenda RM5,000 oleh Mahkamah Sesyen Khas Rasuah pada Selasa, selepas mengaku bersalah mengemukakan tuntutan matan palsu bagi tuntutan projek…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pulau Pinang bersedia hadapi pilihan raya – Kon Yeow

Pulau Pinang bersedia hadapi pilihan raya – Kon Yeow

Kemuka matan palsu, dua pesara didenda RM5,000

Kemuka matan palsu, dua pesara didenda RM5,000

Sultan Selangor titah Siew Ki, Ronnie Liu hayati Rukun Negara

Sultan Selangor titah Siew Ki, Ronnie Liu hayati Rukun Negara

Kerajaan terus perkasa langkah tangani ketidaktentuan bekalan global

Kerajaan terus perkasa langkah tangani ketidaktentuan bekalan global

‘Mr A’ pegawai polis disyaki terbabit rangkaian edar dadah di Langkawi ditukar serta-merta

‘Mr A’ pegawai polis disyaki terbabit rangkaian edar dadah di Langkawi ditukar serta-merta

BUDI MADANI Diesel, bantuan interim RM100 diteruskan bantu rakyat hadapi kenaikan kos

BUDI MADANI Diesel, bantuan interim RM100 diteruskan bantu rakyat hadapi kenaikan kos