Sultan Selangor titah Siew Ki, Ronnie Liu hayati Rukun Negara

SHAH ALAM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan teguran terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor, khususnya ADUN Seri Kembangan, Wong Siew Ki dan bekas Exco Selangor, Ronnie Liu Tian Khiew, supaya lebih menghayati dan memahami prinsip Rukun Negara.

Baginda bertitah, kedua-dua individu berkenaan disaran mengunjungi Plak Monumen Rukun Negara di Dataran Selangor secara berkala bagi mendalami sejarah pembentukan Rukun Negara yang lahir susulan tragedi rusuhan kaum 13 Mei 1969.

Menerusi kenyataan di Facebook Selangor Royal Office pada Selasa, baginda bertitah Rukun Negara perlu difahami dan dihayati oleh semua wakil rakyat sebagai asas dalam menghormati institusi raja serta memelihara nilai kesopanan dan kesusilaan.

“Beta juga menyeru kepada semua Ahli Yang Berhormat wakil rakyat Negeri Selangor untuk datang sendiri ke Dataran Selangor ini setiap dua kali sebulan dan membaca serta memahami makna Rukun Negara yang tertera pada plak monumen ini.

“Khusus ditujukan kepada wakil rakyat Seri Kembangan, YB Puan Wong Siew Ki dari DAP dan bekas Exco DAP Negeri Selangor, Ronnie Liu Tian Khiew.

“Beta sarankan agar datanglah seminggu sekali ke Dataran Selangor untuk fahamkan dan hayati makna Rukun Negara, agar menjadi rakyat yang tahu untuk hormat kepada kedaulatan Institusi Raja dan menjaga adab kesopanan dan kesusilaan,” titah baginda.

Titah itu dizahirkan susulan keberangkatan baginda ke Dataran Selangor bagi meninjau sendiri plak monumen Rukun Negara yang terletak di hadapan tiang bendera negeri.

Baginda bertitah, monumen tersebut dibina oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Selangor dan dilengkapi kemudahan tempat duduk untuk pengunjung, dengan kos pembinaan ditanggung sepenuhnya oleh baginda.

“Dengan terbinanya plak monumen ini, Beta ingin mengimbas kembali dan mengingatkan mengenai sejarah bagaimana lahirnya konsep Rukun Negara. Segalanya bermula ketika darurat diisytiharkan akibat tragedi rusuhan kaum pada 13 Mei 1969.

“Majlis Gerakan Negara (Mageran) yang ditubuhkan sebagai Badan Pemerintah pada ketika itu, telah berunding bersama anggota-anggotanya untuk melahirkan konsep Rukun Negara sebagai manifestasi ideologi kebangsaan bagi tujuan pengukuhan perpaduan antara kaum di negara ini,” titah baginda.

Sehubungan itu, baginda menyeru semua wakil rakyat dan rakyat jelata supaya menghayati Rukun Negara sebagai asas perpaduan nasional.

Related Posts

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

KERALAM (INDIA) – Pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Mufti Besar India, Sheikh Abubakr Ahmad dijadual berlangsung di Keralam (sebelum ini dikenali sebagai Kerala) esok, dalam rangka lawatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

KOTA KINABALU – Program Kampung (Kg) Siaga 221 yang dilaksanakan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) penting dalam meningkatkan kesedaran dan kesiapsiagaan komuniti kampung menghadapi kemungkinan berlakunya bencana. Menteri di Jabatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan