Kemuka matan palsu, dua pesara didenda RM5,000

TAWAU – Dua pesara sebuah agensi kerajaan negeri di Kunak masing-masing didenda RM5,000 oleh Mahkamah Sesyen Khas Rasuah pada Selasa, selepas mengaku bersalah mengemukakan tuntutan matan palsu bagi tuntutan projek pertanian bernilai keseluruhan RM6,250, pada 2021.

Hukuman itu dijatuhkan Hakim Elsie Primus terhadap Abdul Jaya Geddek, 62, dan Utok Hamsaleh, 64, selepas kedua-duanya membuat pengakuan bersalah atas tiga pertuduhan alternatif yang dibacakan jurubahasa mahkamah.

Sekiranya gagal membayar denda, tertuduh diperintah dipenjara sembilan bulan bagi keseluruhan ketiga-tiga pertuduhan.

Mengikut fakta kes, pada Julai 2021, kedua-dua tertuduh masing-masing Pembantu Pertanian Gred (G22) dan Pembantu Operasi Gred (N14) mengemukakan dokumen bagi tujuan mendapatkan bayaran tuntutan kos Pembersihan Kawasan dan Menanam Program Pembangunan Tanaman Kekal (Kelapa Tacunan) Daerah Kunak ke atas tiga penama.

Bagaimanapun, hasil siasatan mendapati, kerja-kerja sebenarnya tidak dilakukan oleh ketiga-tiga penama itu dan bayaran terbabit diserah kepada kedua-dua tertuduh.

Sehubungan itu, mereka telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 471 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 465 Kanun yang sama.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa SPRM, Norsham Saharom, manakala Abdul Jaya diwakili peguam Mark Rosaidi Mohd Amin Jaafar dan Utok diwakili Noorhaidah @ Nasra Abd Raup.

Related Posts

Turun padang, Program MADANI Kita jadi ‘benchmark’ agensi kerajaan dekati rakyat

KOTA KINABALU – Pendekatan turun padang menerusi Program MADANI Kita yang dilaksanakan Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM) dalam mendekati masyarakat kini menjadi penanda aras baharu kepada agensi kerajaan lain. Ketua Pengarah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
4 suspek bersenjata samun kedai emas, jumlah kerugian RM500,000

KUANTAN – Empat lelaki bersenjatakan parang dan membawa objek dipercayai ‘pump gun’ menyamun sebuah kedai emas di Taman Pandan Perdana, di sini, kira-kira 2 petang tadi. Ketua Polis Daerah Kuantan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Turun padang, Program MADANI Kita jadi ‘benchmark’ agensi kerajaan dekati rakyat

  • By Fatin
  • August 21, 2026
Turun padang, Program MADANI Kita jadi ‘benchmark’ agensi kerajaan dekati rakyat

4 suspek bersenjata samun kedai emas, jumlah kerugian RM500,000

4 suspek bersenjata samun kedai emas, jumlah kerugian RM500,000

Penemuan artifak buka potensi arkeologi Bukit Batu Putih

Penemuan artifak buka potensi arkeologi Bukit Batu Putih

Anwar hadiri Rundingan Pemimpin Tahunan Ke-27 Malaysia-Brunei

Anwar hadiri Rundingan Pemimpin Tahunan Ke-27 Malaysia-Brunei

Bawah 1% banduan jalani pemulihan komuniti kembali ke penjara

Bawah 1% banduan jalani pemulihan komuniti kembali ke penjara

UMNO Jerantut sampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran

UMNO Jerantut sampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran