Penyalahgunaan AI untuk kandungan mudarat kini disiasat – MCMC

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengeluarkan amaran keras terhadap penyalahgunaan kecerdasan buatan (AI) yang semakin membimbangkan di platform media sosial, khususnya X.

Menerusi kenyataan media pada Sabtu, MCMC menegaskan bahawa manipulasi imej wanita dan kanak-kanak menggunakan AI untuk menghasilkan kandungan tidak senonoh, jelik melampau atau memudaratkan adalah satu kesalahan serius.

“Penghasilan atau penyebaran kandungan memudaratkan tersebut merupakan suatu kesalahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM)

“Kesalahan itu merangkumi penyalahgunaan perkhidmatan rangkaian atau aplikasi untuk menghantar kandungan berunsur lucah, sumbang atau jelik melampau,” katanya.

Mengulas lanjut, MCMC memaklumkan pihaknya telah memulakan siasatan terhadap pengguna platform X yang disyaki melanggar undang-undang itu.

Katanya, dengan penguatkuasaan Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 (ONSA), semua platform dan penyedia perkhidmatan berlesen dikehendaki mengambil langkah bagi mencegah penyebaran kandungan lucah, tidak senonoh serta bahan penderaan seksual kanak-kanak.

Walaupun X bukan penyedia berlesen di Malaysia, MCMC menegaskan bahawa platform tersebut tetap tertakluk kepada piawaian keselamatan dalam talian negara.

“Platform tersebut tetap perlu mematuhi piawaian keselamatan dalam talian di Malaysia dan bertanggungjawab mencegah penyebaran kandungan yang memudaratkan,” katanya.

Dalam satu nasihat susulan, MCMC turut menggesa semua platform yang boleh diakses di Malaysia agar melaksanakan langkah perlindungan selaras dengan undang-undang tempatan khususnya berkaitan fungsi AI, ‘chatbot’ dan aplikasi manipulasi imej.

“Pengguna internet dan mangsa digalakkan untuk melaporkan kandungan memudaratkan kepada platform berkaitan serta membuat laporan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan MCMC termasuk melalui portal aduan dalam talian MCMC,” katanya.

Related Posts

Malaysia tidak pernah iktiraf kerajaan baharu Myanmar

KUALA LUMPUR – Kerajaan menegaskan Malaysia tidak pernah mengiktiraf kerajaan baharu Myanmar selepas pilihan raya yang diadakan junta tentera secara berperingkat bermula Disember tahun lalu. Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tanggungan subsidi kerajaan memuncak kepada RM7.5 bilion pada April

KUALA LUMPUR – Tanggungan kerajaan bagi subsidi RON95 dan diesel memuncak sehingga RM7.5 bilion pada April 2026 susulan krisis di Asia Barat berbanding RM700 juta pada Januari dan hampir RM5…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pas mahu jadi abang besar kuasai pengaruh, logo PN

Pas mahu jadi abang besar kuasai pengaruh, logo PN

Puad pertahan tindakan keluar UMNO, dakwa sistem pemilihan calon tidak telus

Puad pertahan tindakan keluar UMNO, dakwa sistem pemilihan calon tidak telus

Inspektor polis, guru wanita maut dalam nahas dua kenderaan

Inspektor polis, guru wanita maut dalam nahas dua kenderaan

Hajiji yakin Zainudin mampu pacu transformasi pentadbiran negeri Sabah

Hajiji yakin Zainudin mampu pacu transformasi pentadbiran negeri Sabah

153 laporan polis dibuat terhadap Puad Zarkashi, Polis Johor mulakan siasatan

153 laporan polis dibuat terhadap Puad Zarkashi, Polis Johor mulakan siasatan

Pasukan Pelaut dicadang diwujudkan di sekolah, pelajar diberi amaran jangan terbabit buli

Pasukan Pelaut dicadang diwujudkan di sekolah, pelajar diberi amaran jangan terbabit buli