Puad pertahan tindakan keluar UMNO, dakwa sistem pemilihan calon tidak telus

JOHOR BAHRU – Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mempertahankan keputusannya meninggalkan parti itu dengan menegaskan tindakannya bukan berpunca daripada kegagalan anaknya dipilih sebagai calon pilihan raya, sebaliknya sebagai bantahan terhadap sistem pemilihan calon yang didakwanya tidak telus dan dipengaruhi pihak tertentu.

Puad berkata, beliau kecewa dengan dakwaan yang dibuat Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki yang mengaitkan tindakannya keluar parti dengan rasa tidak puas hati kerana anaknya tidak dicalonkan.

Menurut beliau, isu sebenar yang menjadi punca bantahannya adalah proses pemilihan calon yang didakwa tidak memberi keutamaan kepada pemimpin muda dan akar umbi parti.

Sebagai contoh, beliau mempersoalkan keputusan Barisan Nasional (BN) meletakkan Alwiyah Talib sebagai calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Endau selepas bekas Ahli Dewan Undangan Negeri itu keluar daripada parti Bersatu dan kembali menyertai UMNO.

“Tidak sampai sebulan kembali ke UMNO, beliau terus dipilih sebagai calon BN. Sedangkan Ketua Puteri Johor yang juga Ketua Puteri UMNO Bahagian Mersing diketepikan. Ketua Pemuda Mersing juga tidak diberikan peluang.

“Kenapa calon muda diketepikan? Apa kelebihan yang menyebabkan beliau terus diberi keutamaan?” soal Puad dalam satu kenyataan yang dimuat naik di media sosial.

Beliau turut membangkitkan isu penggantian calon di DUN Tiram apabila bekas ADUN kawasan itu, Azizul Bachok, yang dianggap mewakili generasi muda parti, digugurkan pada saat akhir dan digantikan dengan Datuk Halim Sulaiman.

Menurut Puad, tindakan tersebut menimbulkan persepsi kronisme dan bertentangan dengan usaha UMNO untuk memperkasakan kepimpinan generasi baharu.

“Apabila bantahan terhadap sistem ini tidak dilayan, apa lagi pilihan yang saya ada? Parti menjadi terlalu eksklusif sehingga suara akar umbi tidak lagi diberikan perhatian,” katanya.

Mengulas isu pencalonan anaknya yang dijadikan sasaran kritikan, Puad menegaskan tiada kesalahan untuk mencadangkan individu yang dianggap layak dan telah melalui proses latihan politik yang mencukupi.

Beliau turut mempersoalkan mengapa perkara itu dijadikan isu sedangkan terdapat pemimpin lain yang turut mencalonkan ahli keluarga masing-masing untuk bertanding dalam pilihan raya.

Dalam kenyataan sama, Puad memberi bayangan bahawa beliau akan terus mendedahkan beberapa perkara berkaitan proses pemilihan calon serta dakwaan pelantikan ahli keluarga pemimpin UMNO ke jawatan dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) pada masa akan datang.

“Ramai anak dan isteri pemimpin UMNO di Ibu Pejabat mendapat jawatan dalam GLC. Perkara ini juga akan saya dedahkan dalam posting berasingan,” katanya.

Kenyataan terbaharu Puad itu dijangka terus menghangatkan polemik dalaman UMNO menjelang persiapan parti menghadapi Pilihan Raya Negeri Johor yang semakin hampir.

Related Posts

Pas mahu jadi abang besar kuasai pengaruh, logo PN

PAS mungkin satu-satunya parti politik di negara ini yang gemar mengulangi episod drama bersiri di mana peristiwa lampau menempatkan Pas sebagai parti yang lahir pada 24 November 1951 hasil tantangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
153 laporan polis dibuat terhadap Puad Zarkashi, Polis Johor mulakan siasatan

JOHOR BAHRU – Kenyataan kontroversi Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi yang didakwa mengaitkan pihak Istana dengan pembubaran Dewan Negeri Johor mengundang reaksi keras apabila…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pas mahu jadi abang besar kuasai pengaruh, logo PN

Pas mahu jadi abang besar kuasai pengaruh, logo PN

Puad pertahan tindakan keluar UMNO, dakwa sistem pemilihan calon tidak telus

Puad pertahan tindakan keluar UMNO, dakwa sistem pemilihan calon tidak telus

Inspektor polis, guru wanita maut dalam nahas dua kenderaan

Inspektor polis, guru wanita maut dalam nahas dua kenderaan

Hajiji yakin Zainudin mampu pacu transformasi pentadbiran negeri Sabah

Hajiji yakin Zainudin mampu pacu transformasi pentadbiran negeri Sabah

153 laporan polis dibuat terhadap Puad Zarkashi, Polis Johor mulakan siasatan

153 laporan polis dibuat terhadap Puad Zarkashi, Polis Johor mulakan siasatan

Pasukan Pelaut dicadang diwujudkan di sekolah, pelajar diberi amaran jangan terbabit buli

Pasukan Pelaut dicadang diwujudkan di sekolah, pelajar diberi amaran jangan terbabit buli