Hajiji yakin Zainudin mampu pacu transformasi pentadbiran negeri Sabah

KOTA KINABALU – Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor menyampaikan watikah pelantikan kepada Datuk Zainudin Aman sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri (SKN) Sabah yang baharu dalam satu majlis yang berlangsung di Menara Kinabalu.

Zainudin yang sebelum ini berkhidmat sebagai Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah akan secara rasmi mengambil alih tugas sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri daripada Datuk Seri Safar Untong bermula 29 Jun 2026.

Hajiji berkata, beliau menaruh keyakinan bahawa pengalaman dan kepimpinan Zainudin mampu memperkukuhkan lagi kecekapan perkhidmatan awam negeri dalam mendepani cabaran semasa serta merealisasikan agenda pembangunan Sabah.

“Pelantikan itu diharap dapat memastikan perkhidmatan awam negeri terus progresif dan berdaya saing dalam memacu transformasi pentadbiran negeri ke arah kemajuan serta kecemerlangan yang berterusan.

“Ini juga akan memastikan dasar-dasar kerajaan dilaksanakan dengan berkesan demi kemakmuran rakyat dan negeri.

“Peranan Setiausaha Kerajaan Negeri amat penting sebagai peneraju pentadbiran awam negeri dalam memastikan segala dasar, program dan inisiatif kerajaan dapat dilaksanakan dengan cekap, berkesan dan memberi manfaat kepada rakyat,” jelasnya dalam kenyataan media di sini pada Khamis.

Pada masa yang sama, Hajiji berharap kepimpinan baharu itu akan terus memperkukuh budaya kerja berprestasi tinggi dalam perkhidmatan awam negeri, selaras dengan aspirasi pembangunan Sabah Maju Jaya.

Sementara itu, Safar yang akan bersara pada 28 Jun ini telah dilantik sebagai Pengerusi Tanjung Aru Eco Development Sdn Bhd, sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) milik Kerajaan Negeri Sabah.

Dalam perkembangan berkaitan, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pentadbiran), Datuk Norlijah Danin, akan menggantikan Zainudin sebagai Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah.

Related Posts

Teliti bantuan khas, skim sokongan guru luar bandar dan pulau

SEMPORNA – Kerajaan disaran meneliti pemberian bantuan khas atau memperluaskan skim sokongan sedia ada kepada guru yang bertugas di kawasan luar bandar dan kepulauan bagi membantu menampung kos pengangkutan yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
300 pelajar Pahang ke luar negara terima RM1,000

KUANTAN – Seramai 300 mahasiswa anak Pahang menerima peruntukan RM1,000 seorang melalui Inisiatif Makmur Pahang Kluster Sumbangan Melanjutkan Pengajian ke Luar Negara tahun ini. Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Prestasi luar jangka KDNK 6.0 peratus bukti reformasi ekonomi berkesan

Prestasi luar jangka KDNK 6.0 peratus bukti reformasi ekonomi berkesan

Teliti bantuan khas, skim sokongan guru luar bandar dan pulau

  • By Fatin
  • August 14, 2026
Teliti bantuan khas, skim sokongan guru luar bandar dan pulau

300 pelajar Pahang ke luar negara terima RM1,000

300 pelajar Pahang ke luar negara terima RM1,000

RCI Tabung Haji: Segerakan pendakwaan jika bukti cukup – Haniff

RCI Tabung Haji: Segerakan pendakwaan jika bukti cukup – Haniff

Karnival Agrikomuniti MADANI sedia platform bantu tingkat pendapatan pekebun kecil

Karnival Agrikomuniti MADANI sedia platform bantu tingkat pendapatan pekebun kecil

Ahli PKR sertai Bersama tidak jejas kekuatan parti – AMK

Ahli PKR sertai Bersama tidak jejas kekuatan parti – AMK