Hasnah dilantik Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Dalam Talian

PUTRAJAYA – Sembilan ahli dilantik Jawatankuasa Keselamatan Dalam Talian yang ditubuhkan di bawah Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 berkuat kuasa semalam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, ahli jawatankuasa yang terdiri daripada pelbagai latar belakang kepakaran merangkumi sektor awam, swasta dan masyarakat sivil itu dilantik bagi tempoh tiga tahun bermula 1 Januari 2026 hingga 31 Disember 2028.

Beliau memaklumkan, bekas Hakim Besar Malaya, Tan Sri Hasnah Mohammed Hashim dilantik sebagai pengerusi manakala Datuk Lim Thean Shiang selaku timbalannya.

“Ahli jawatankuasa lain terdiri daripada Barhoum Abe Abed yang mewakili pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen, Mohd. Kasyful Azim Ab Rahman sebagai wakil pemberi perkhidmatan rangkaian berlesen serta Dr. Ruzimi Mohamed selaku wakil golongan orang kurang upaya (OKU).

“Turut dilantik Datuk Zulkarnain Mohd Yasin, Thiyagu Ganesan, Datuk Seri Dr Jahaberdeen Mohamed Yunoos dan Wathshlah Naidu yang mempunyai pengalaman, pengetahuan dan kepakaran berkaitan keselamatan dalam talian,” katanya menerusi kenyataan, pada Sabtu.

Mengulas lanjut, Azalina berkata, jawatankuasa tersebut bukan sekadar memainkan peranan pentadbiran, sebaliknya melaksanakan fungsi substantif.

Katanya, ia merangkumi pemberian nasihat kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berhubung pengelasan kandungan memudaratkan serta kandungan utama (prioriti) seperti penganiayaan seksual kanak-kanak dan penipuan kewangan.

“Jawatankuasa itu turut bertanggungjawab menentukan kaedah analisis risiko dan strategi mitigasi bagi melindungi pengguna daripada kemudaratan dalam talian, menilai keberkesanan mekanisme aduan serta memantau penguatkuasaan terhadap kandungan yang melanggar undang-undang.

“Mereka juga akan melaksanakan penyelidikan teknikal dan analisis pakar terhadap trend baharu jenayah siber termasuk penyalahgunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) dan penggunaan teknologi pemalsuan wajah (deepfake),” katanya.

Related Posts

Kes 30 warga Malaysia ditahan di Pontianak, PDRM bantu siasatan

PEKAN – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menyiasat penahanan 30 rakyat Malaysia di Pontianak, Kalimantan Barat oleh pihak berkuasa Indonesia kerana disyaki terbabit dalam sindiket penipuan dalam talian. Menteri Dalam…

Lebih lanjut

teruskan membaca
MCMC siasat laporan operasi manipulasi pilihan raya guna AI Claude

SHAH ALAM – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) ambil maklum laporan syarikat pembangunan kecerdasan buatan (AI), Anthropic berhubung penyalahgunaan model AI Claude. MCMC berkata, perkara yang dinyatakan dalam laporan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan