Pemindahan hati bayi 4 bulan bukti Malaysia miliki kepakaran bertaraf antarabangsa

KEJAYAAN Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) melakukan pembedahan pemindahan hati terhadap seorang bayi lelaki berusia empat bulan pada November lalu membuktikan Malaysia memiliki kepakaran bertaraf dunia.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, bayi yang hanya seberat 6.2 kilogram (kg) itu mengalami kegagalan hati dan memerlukan pemindahan hati dengan segera daripada ibunya pada 25 November lalu.

Bagaimanapun, beberapa minit sebelum prosedur bermula, jantung bayi itu terhenti secara tiba-tiba sehingga mencetuskan suasana cemas di Unit Rawatan Rapi Pediatrik PPUM.

“Pasukan perubatan bertungkus-lumus melakukan resusitasi. Satu jam yang penuh debaran. Nyawa anak kecil ini benar-benar di hujung tanduk.

“Di sinilah kehebatan sebenar pasukan perubatan kita teruji. ​Bukan sahaja mereka berjaya menstabilkan kembali bayi itu, malah dengan penilaian klinikal yang tajam dan berani, mereka membuat keputusan berat iaitu untuk meneruskan pembedahan,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Dzulkefly berkata meskipun prosedur berkenaan berisiko tinggi serta rumit memandangkan pembuluh darah bayi itu sangat halus, namun dengan kepakaran pakar bedah, pakar bius dan jururawat di PPUM, prosedur pembedahan pemindahan hati itu berjaya dilaksanakan.

“Kita ada bakat untuk mencipta keajaiban. Apa yang kita perlukan sekarang ialah sistem sokongan dan kesedaran rakyat untuk tampil berikrar sebagai penderma,” katanya.

Dzulkelfy berkata beliau tekad untuk memacu Agenda Transplantasi Nasional 2026 yang bertujuan menstruktur semula dan memperkasakan perkhidmatan pemindahan organ di Malaysia.

“Ini termasuk meningkatkan kesedaran rakyat untuk tampil sebagai penderma organ. Saya mendoakan agar bayi lelaki itu segera sembuh serta membesar dengan sihat dan kuat,” katanya.

Related Posts

Malaysia tidak pernah iktiraf kerajaan baharu Myanmar

KUALA LUMPUR – Kerajaan menegaskan Malaysia tidak pernah mengiktiraf kerajaan baharu Myanmar selepas pilihan raya yang diadakan junta tentera secara berperingkat bermula Disember tahun lalu. Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tanggungan subsidi kerajaan memuncak kepada RM7.5 bilion pada April

KUALA LUMPUR – Tanggungan kerajaan bagi subsidi RON95 dan diesel memuncak sehingga RM7.5 bilion pada April 2026 susulan krisis di Asia Barat berbanding RM700 juta pada Januari dan hampir RM5…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pas mahu jadi abang besar kuasai pengaruh, logo PN

Pas mahu jadi abang besar kuasai pengaruh, logo PN

Puad pertahan tindakan keluar UMNO, dakwa sistem pemilihan calon tidak telus

Puad pertahan tindakan keluar UMNO, dakwa sistem pemilihan calon tidak telus

Inspektor polis, guru wanita maut dalam nahas dua kenderaan

Inspektor polis, guru wanita maut dalam nahas dua kenderaan

Hajiji yakin Zainudin mampu pacu transformasi pentadbiran negeri Sabah

Hajiji yakin Zainudin mampu pacu transformasi pentadbiran negeri Sabah

153 laporan polis dibuat terhadap Puad Zarkashi, Polis Johor mulakan siasatan

153 laporan polis dibuat terhadap Puad Zarkashi, Polis Johor mulakan siasatan

Pasukan Pelaut dicadang diwujudkan di sekolah, pelajar diberi amaran jangan terbabit buli

Pasukan Pelaut dicadang diwujudkan di sekolah, pelajar diberi amaran jangan terbabit buli