Anwar ucap selamat ulang tahun ke-55 ABIM, kenang perjuangan dakwah dan pembangunan ummah

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan selamat ulang tahun ke-55 kepada Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) sambil menyifatkan pertubuhan itu sebagai kesinambungan perjuangan mahasiswa dan gerakan dakwah yang mempunyai jati diri harakah Islamiah.

Anwar berkata, usia 55 tahun ABIM bukan sekadar melambangkan tempoh penubuhan, sebaliknya menjadi simbol perjalanan perjuangan yang dibina atas pengorbanan, adab, akhlak dan kepercayaan.

“Suara dakwah bukan sekadar suara di mimbar, tetapi denyut yang menghidupkan umat; menyantuni mustadh’afin, mendidik generasi, mengangkat martabat insan dan menyalakan obor perjuangan di tengah zaman yang sering gelap oleh kekeliruan,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Khamis.

Beliau berharap ABIM akan terus kekal sebagai sebuah gerakan yang berpegang teguh kepada nilai-nilai Islam, istiqamah mendepani cabaran serta terus berperanan menaungi masyarakat.

“Semoga pada usia ke-55 ini, ABIM terus menjadi pohon yang akarnya teguh mencengkam nilai, kukuh menahan badai dan dahannya terus rendang menaungi umat,” katanya.

Anwar mempunyai sejarah yang cukup rapat dengan ABIM apabila pernah menerajui pertubuhan itu sebagai Presiden ABIM dari tahun 1974 hingga 1982. Di bawah kepimpinannya, ABIM berkembang sebagai antara gerakan belia Islam paling berpengaruh di negara ini dengan memberi penekanan kepada dakwah, pendidikan, keadilan sosial dan pembangunan masyarakat.

Peranan beliau dalam ABIM turut mencorakkan landskap gerakan Islam moden di Malaysia sebelum menyertai pentadbiran kerajaan pada 1982, menjadikan hubungan Anwar dengan pertubuhan itu kekal signifikan sehingga hari ini.

Related Posts

Anwar tegaskan Malaysia tidak jadi laluan kargo sokong operasi ketenteraan Israel

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Malaysia tidak akan membenarkan negara ini digunakan sebagai laluan transit bagi sebarang penghantaran kargo yang menyokong atau menyumbang kepada operasi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Rakyat Malaysia di Yaman diminta kekal di lokasi selamat

KUALA LUMPUR – Rakyat Malaysia yang berada di Yaman, khususnya di sekitar Mocha dan Taiz, dinasihatkan supaya kekal di lokasi selamat susulan perkembangan terkini di negara berkenaan. Kedutaan Besar Malaysia…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar tegaskan Malaysia tidak jadi laluan kargo sokong operasi ketenteraan Israel

Anwar tegaskan Malaysia tidak jadi laluan kargo sokong operasi ketenteraan Israel

AMK Miri tuntut UMNO bertanggungjawab, tidak normalisasi penghinaan agama

AMK Miri tuntut UMNO bertanggungjawab, tidak normalisasi penghinaan agama

Rakyat Malaysia di Yaman diminta kekal di lokasi selamat

Rakyat Malaysia di Yaman diminta kekal di lokasi selamat

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang