Kebersamaan rakyat perkasa Malaysia mendepani cabaran ekonomi

PUTRAJAYA – Hasil semangat kerjasama dalam kalangan rakyat tanpa mengira status sosial membolehkan Malaysia mengharungi dan mendepani pelbagai cabaran ekonomi sepanjang 2025.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, perkara itu dibuktikan apabila ekonomi negara mencatat pertumbuhan 5.2 peratus pada suku ketiga 2025 berbanding 4.4 peratus pada suku kedua, dipacu oleh prestasi kukuh merentas semua sektor utama ekonomi.

Menurutnya, berkat semangat ‘segulai sejalai’ antara kerajaan, penjawat awam, sektor swasta dan segenap lapisan rakyat membolehkan Malaysia mampu mendepani apa jua cabaran.

“Setinggi-tinggi kesyukuran atas segala nikmat dan kekuatan yang telah membolehkan kita mengharungi pelbagai cabaran sepanjang 2025. Alhamdulillah perjalanan Kerajaan MADANI pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sudah mencecah usia tiga tahun.

“Perjalanan ini bukan mudah dan masih panjang, namun kerajaan akan terus komited memberikan khidmat terbaik demi kesejahteraan seluruh rakyat Malaysia,” katanya menerusi kenyataan, pada Khamis.

Mengulas perkembangan peringkat antarabangsa, Fadillah berkata ketegangan geopolitik dan konflik berpanjangan di Asia Barat Tengah menjejaskan keselamatan tenaga dan rantaian bekalan global.

Beliau yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata, ini menjadi iktibar kepada negara bahawa kestabilan politik, perpaduan rakyat dan pengurusan ekonomi yang berhemah adalah benteng utama negara.

“Kejayaan Malaysia sebagai tuan rumah Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 berjaya mengembalikan tumpuan ASEAN kepada keutamaan bersama seperti kestabilan ekonomi, sekuriti makanan dan tenaga, sekali gus mengukuhkan peranan ASEAN sebagai kuasa penstabil serantau.

“Kepengerusian ASEAN 2025 bukan sahaja mengangkat imej Malaysia di mata dunia, malah mengukuhkan kedudukan negara sebagai rakan strategik yang dipercayai serta membuka peluang ekonomi dan kerjasama yang lebih luas demi kesejahteraan rakyat dan masa depan serantau yang mampan,” katanya.

Di peringkat Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), Fadillah berkata ia mencatatkan pencapaian bersejarah menerusi penganjuran Mesyuarat Menteri-Menteri Tenaga ASEAN Ke-43 (AMEM-43) dengan pelancaran Pelan Tindakan ASEAN untuk Kerjasama Tenaga (APAEC) 2026–2035.

Beliau berkata pencapaian itu turut merangkumi pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) yang dipertingkatkan bagi Grid Kuasa ASEAN (APG), Perjanjian Keselamatan Petroleum ASEAN (Perjanjian Pengganti) dan pelancaran Inisiatif Pembiayaan APG dengan kerjasama Bank Pembangunan Asia (ADB) dan Bank Dunia.

“Pencapaian ini bukan sekadar kejayaan diplomatik tetapi satu manifestasi kepimpinan Malaysia dalam memacu agenda tenaga ASEAN ke arah masa depan yang inklusif dan mampan.

“PETRA akan terus memperkasa agenda peralihan tenaga dan pada masa sama, mempergiat usaha transformasi pengurusan sumber air negara demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara.

“Saya mengucapkan terima kasih atas sokongan rakyat dan mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk melangkah ke tahun 2026 dengan semangat kebersamaan yang lebih kukuh,” katanya.

Related Posts

Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

TAWAU – Isu kekurangan pegawai perubatan di Sabah memerlukan penyelesaian menyeluruh dan tidak boleh hanya bergantung kepada penambahan jumlah penempatan di atas kertas, kata Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Andi Muhammad…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

LABUAN – Orang ramai dinasihatkan supaya berwaspada terhadap kemungkinan penyebaran berita palsu dan grafik dimanipulasi menggunakan gambar serta logo organisasi media susulan pembentangan Belanjawan 2027.‎‎Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

  • By Fatin
  • October 7, 2026
Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

Wartawan Labuan perlu kaki palsu baharu, terima sumbangan Kasih@HAWANA

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
Wartawan Labuan perlu kaki palsu baharu, terima sumbangan Kasih@HAWANA

CCTV sekolah berasrama di Perlis fokus kawasan asrama

CCTV sekolah berasrama di Perlis fokus kawasan asrama

KTC lahirkan 256 graduan mahir dalam tempoh 15 tahun

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
KTC lahirkan 256 graduan mahir dalam tempoh 15 tahun