Waspada penipuan badal haji

PUTRAJAYA – Umat Islam diingatkan supaya lebih bijak dan berhati-hati menilai iklan tawaran badal haji serendah RM1,500 kerana ia berisiko tinggi membabitkan penipuan dan tidak menepati syarat sah pelaksanaan ibadah haji.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan berkata, tawaran badal haji secara komersial dengan harga sedemikian adalah tidak munasabah dan tidak selari dengan kos sebenar yang ditetapkan kerajaan Arab Saudi.

“Saya menasihatkan umat Islam di negara ini supaya menyemak kesahihan sebarang tawaran badal haji yang diiklankan secara meluas di surau, masjid serta platform media sosial oleh agensi pelancongan atau individu bagi mengelakkan menjadi mangsa penipuan,” katanya, lapor Berita Harian.

Beliau berkata, pakej perkhidmatan badal haji ditawarkan adalah sukar dilaksanakan secara komersial kerana setiap jemaah haji, termasuk penduduk tempatan di Arab Saudi kini perlu memiliki visa haji yang sah untuk menunaikan haji.

“Kebanyakan pakej badal haji pula ditawarkan pada harga yang tidak munasabah, kerana jauh lebih rendah berbanding kos sebenar yang ditetapkan oleh kerajaan Arab Saudi untuk seseorang menunaikan haji secara sah,” katanya.

Selain itu, beliau berkata kerajaan Arab Saudi mewajibkan setiap jemaah luar negara memiliki visa haji yang sah, manakala penduduk tempatan perlu mendapatkan permit khas dan tidak semua permohonan akan diluluskan Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi.

“Kos terendah pakej haji untuk penduduk tempatan kira-kira 10,000 Riyal (SR10,000) atau RM11,300, yang hanya merangkumi permit dan khemah di Masyair. Kos ini tidak termasuk kos penginapan, makanan dan pengangkutan,” katanya.

Zulkifli berkata, pada musim haji 1447H/2026 yang akan datang, kerajaan Arab Saudi akan terus melaksanakan penguatkuasaan undang-undang yang lebih ketat.

“Sekiranya jemaah haji ditangkap menggunakan visa atau permit tidak sah, akan berdepan hukuman denda, penjara dan disenarai hitam daripada memasuki Arab Saudi untuk tempoh beberapa tahun,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan Malaysia dan Tabung Haji sentiasa memberikan peringatan dalam usaha meningkatkan kesedaran awam tentang kepentingan menyemak kesahihan terlebih dahulu supaya tidak menjadi mangsa penipuan pakej haji dan badal haji.

Related Posts

Imigresen serbu resort terbiar jadi pusat sindiket penipuan antarabangsa

PUTRAJAYA – Taktik licik sindiket penipuan dalam talian antarabangsa menjadikan sebuah pusat peranginan di Sungai Lembing, Pahang yang ditutup sejak tahun lalu sebagai pusat panggilan terbongkar selepas diserbu Jabatan Imigresen…

Lebih lanjut

teruskan membaca
GRS sasar lebih 15 kerusi Parlimen Sabah pada PRU akan datang

KOTA KINABALU – Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menyasarkan pencapaian lebih besar dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang termasuk meningkatkan jumlah kerusi Parlimen yang dimenangi bagi mengukuhkan suara dan kuasa…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Imigresen serbu resort terbiar jadi pusat sindiket penipuan antarabangsa

Imigresen serbu resort terbiar jadi pusat sindiket penipuan antarabangsa

Sabah jadi tumpuan pendaki dunia, 250 peserta sertai Kinabalu Climbathon edisi ke-33

Sabah jadi tumpuan pendaki dunia, 250 peserta sertai Kinabalu Climbathon edisi ke-33

GRS sasar lebih 15 kerusi Parlimen Sabah pada PRU akan datang

GRS sasar lebih 15 kerusi Parlimen Sabah pada PRU akan datang

Gempa bumi bermagnitud 5.0 dikesan di perairan Sandakan

  • By Fandi
  • October 6, 2026
Gempa bumi bermagnitud 5.0 dikesan di perairan Sandakan

Kerajaan Kelantan, Pentadbir Tanah Pasir Mas diperintah bayar ganti rugi RM17.46 juta

Kerajaan Kelantan, Pentadbir Tanah Pasir Mas diperintah bayar ganti rugi RM17.46 juta

Pahang terbuka untuk jumpa bincang dengan wakil Berjaya Hills

Pahang terbuka untuk jumpa bincang dengan wakil Berjaya Hills