PMX jamin Kerajaan MADANI akan kerja lebih keras dan penuh amanah

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan Kerajaan Madani akan terus bekerja dengan amanah, berani dan ihsan bagi menjamin masa depan negara.

Beliau berkata, Kerajaan Madani juga beriltizam me­laksanakan tanggungjawab de­ngan kejujuran demi memberikan manfaat yang nyata kepada rakyat serta menjamin masa depan negara yang lebih terjamin dan sejahtera.

“Kita melangkah ke tahun baharu dengan semangat kebersamaan yang utuh dan tekad yang jitu untuk terus memperkukuh perpaduan, memaknai reformasi secara berterusan, serta memastikan kemakmuran negara dapat dirasai oleh segenap lapisan rakyat Malaysia,” katanya.

Dalam kenyataan Perutusan Tahun 2026 di Facebook miliknya, Perdana Menteri turut mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk bergerak bergan­ding bagi menjayakan dasar Malaysia Madani.

“Marilah kita bergerak se­derap, menyatukan langkah dan tekad untuk menjayakan Malaysia MADANI yang lebih adil, makmur dan berdaya tahan demi mengangkat martabat negara ke tahap yang lebih tinggi serta memastikan kemakmuran yang inklusif untuk rakyat keseluruhannya.

“Semoga tahun 2026 ini menjadi tahun yang lebih cemerlang serta bermakna buat kita seluruh rakyat Malaysia. Saya dan (Datuk Seri Dr. Wan) Azizah (Wan Ismail) mendoakan agar negara tercinta ini terus kekal aman, harmoni dan makmur,” katanya.

Sementara itu, Sultan Pahang, Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah supaya rakyat Pahang dan Malaysia perlu menjadikan tahun 2026 sebagai titik tolak untuk memperkukuhan azam, me­ningkatkan usaha dan memperbaiki diri ke arah masa depan yang lebih gemilang.

Titah Baginda, rakyat Malaysia perlu terus bersatu padu, saling menghormati, mengamalkan nilai-nilai murni demi memelihara keharmonian masyarakat dan kemakmuran negeri serta negara.

Baginda dan Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah juga menzahirkan doa agar seluruh rakyat sentiasa dikurniakan kesejahteraan, kesihatan yang baik, keselamatan serta kehidupan yang harmoni dan sejahtera sempena tahun baharu.

“Mudah-mudahan tahun 2026 membawa sinar harapan baharu, kekuatan semangat dan kejayaan dalam setiap cabaran kehidupan yang dilalui,” titah baginda.

Sempena tahun baharu ini juga, Baginda berdua mengajak semua rakyat bersama-sama mendoakan agar negeri Pahang dan Malaysia dijauhi segala bentuk tragedi serta bala bencana seperti taufan, banjir dan gempa bumi.

“Akhir kata, semoga Allah SWT sentiasa melimpahkan rahmat dan keberkatan-Nya kepada Negeri Pahang Darul Makmur dan negara Malaysia keseluruhannya. Selamat Me­nyambut Tahun Baharu 2026,” titahnya.

Isnin lalu, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam perutusan tahun baharu bertitah supaya ahli politik di Selangor untuk fokus bekerja untuk menyelesaikan masalah rakyat.

Titahnya supaya semua pihak menumpukan segala tenaga dan fikiran kepada usaha membina pembangunan yang nyata supaya rakyat dapat hidup dengan lebih selesa, terpelihara kebajikannya dan merasa dilindungi oleh sistem yang adil serta berkesan.

“Ingatlah, tiada yang mustahil jika niat itu tulus dan usaha itu bersungguh-sungguh. Segala perancangan dan tindakan hendaklah berteraskan satu matlamat utama iaitu kemakmuran rakyat dan kestabilan negeri.

“Beta menaruh harapan setinggi-tingginya agar tahun 2026 ini membawa kemakmuran yang lebih besar kepada rakyat Beta. Jadikanlah tahun baharu ini sebagai titik azam untuk menjadi insan yang lebih baik, lebih berakhlak, dan lebih bermanfaat kepada keluarga, masyarakat dan negeri,” titah baginda.

Related Posts

‎Kerajaan teliti kesan platform e-dagang terhadap peniaga fizikal, syarikat kurier tempatan

KOTA KINABALU – Kerajaan akan mengadakan pertemuan dengan pengendali platform e-dagang dan peniaga tempatan bagi menangani ketidakseimbangan persaingan yang semakin memberi tekanan kepada perniagaan fizikal, khususnya akibat penjualan produk pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
MCMC terima aduan kandungan seksual AI babit pelajar, guru

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menerima aduan berhubung penyalahgunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) bagi menghasilkan dan menyebarkan gambar serta video berunsur seksual yang didakwa membabitkan pelajar dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

KD Ganas, KD Serang dipindahkan ke MAWILLA 2

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
KD Ganas, KD Serang dipindahkan ke MAWILLA 2

Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan jerebu

Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan jerebu

Fasa dua projek tebatan banjir Kampung Rampayan perlu dipercepat

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
Fasa dua projek tebatan banjir Kampung Rampayan perlu dipercepat

Selangor-Bersatu masih runding kerjasama, muktamad sebelum belanjawan negeri

Selangor-Bersatu masih runding kerjasama, muktamad sebelum belanjawan negeri

IPU lebih 180, semua sekolah dan institusi pendidikan KPM diarahkan tutup mulai esok

IPU lebih 180, semua sekolah dan institusi pendidikan KPM diarahkan tutup mulai esok

‎Kerajaan teliti kesan platform e-dagang terhadap peniaga fizikal, syarikat kurier tempatan

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
‎Kerajaan teliti kesan platform e-dagang terhadap peniaga fizikal, syarikat kurier tempatan