Pahang tekad pertahanan kestabilan politik untuk 2026

KUANTAN – Sempena Tahun Baharu 2026, Kerajaan Pahang beriltizam untuk terus mempertahankan kestabilan politik serta menolak sebarang bentuk perpecahan yang boleh menggugat kemakmuran negeri.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, gagasan Aspirasi Pahang 1st akan terus diperkukuh sebagai teras utama pentadbiran dan pembangunan negeri.

Menurutnya, prinsip ‘Rakyat Didahulukan, Kemakmuran Dipertahankan’ akan diterjemahkan melalui dasar, program dan tindakan yang nyata.

“Tahun 2026 juga akan menyaksikan usaha berterusan kerajaan negeri memperkasa ekonomi rakyat, mencipta peluang pekerjaan, memperkukuh syiar Islam, memelihara alam sekitar serta meningkatkan kecekapan tadbir urus,” katanya menerusi kenyataan perutusan Tahun Baharu 2026, hari ini.

Wan Rosdy turut menzahirkan kesyukuran apabila tirai tahun 2025 dilabuhkan dengan penuh warna-warni dan melangkah ke tahun 2026 dengan penuh keinsafan, harapan dan tekad yang teguh.

“Tahun 2025 menyaksikan pelbagai kejayaan, cabaran dan ujian berjaya diharungi hasil daripada kestabilan politik dan perpaduan rakyat.

“Kestabilan ini membolehkan kerajaan negeri mentadbir secara konsisten, melonjak ekonomi negeri serta melaksanakan dasar dengan berkesan serta memastikan kebajikan rakyat terus menjadi keutamaan,” tambahnya.

Justeru, beliau mengajak rakyat Pahang bersama melangkah ke tahun 2026 dengan azam yang kukuh demi masa depan negeri yang aman, makmur dan sejahtera serta dirahmati Allah.

Related Posts

Kerja baik pulih paip bocor, seluruh daerah Matu dan Daro alami gangguan air

MUKAH – Penduduk di seluruh daerah Matu dan Kampung Nangar Besar, Daro dinasihatkan untuk menyimpan bekalan air secukupnya berikutan pelaksanaan kerja baik pulih paip utama yang bermula pada Ahad. Jabatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lelaki ditahan, disyaki serang, ugut penguatkuasa MBI

IPOH – Seorang lelaki tempatan berusia 42 tahun ditahan polis bagi membantu siasatan selepas disyaki menyerang dan mengugut seorang penguat kuasa Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) ketika mangsa menjalankan tugas mengeluarkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerja baik pulih paip bocor, seluruh daerah Matu dan Daro alami gangguan air

Kerja baik pulih paip bocor, seluruh daerah Matu dan Daro alami gangguan air

Lelaki ditahan, disyaki serang, ugut penguatkuasa MBI

Lelaki ditahan, disyaki serang, ugut penguatkuasa MBI

Anthony jadi Menteri Besar, kenyataan Asyraf Wajdi bercanggah Undang-Undang Tubuh Negeri

Anthony jadi Menteri Besar, kenyataan Asyraf Wajdi bercanggah Undang-Undang Tubuh Negeri

Kenyataan Sanusi bukti Pas gemar tunggang politik pecah belah

Kenyataan Sanusi bukti Pas gemar tunggang politik pecah belah

Harimau Malaya kalahkan Myanmar 2-1

Harimau Malaya kalahkan Myanmar 2-1

Dakwaan KJ tidak cerminkan realiti sebenar sokongan rakyat

Dakwaan KJ tidak cerminkan realiti sebenar sokongan rakyat