DUN Perlis tarik balik pemakluman keperluan PRK

KANGAR – Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis menarik balik pemakluman kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung keperluan mengadakan Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi mengisi tiga kekosongan luar jangka kerusi DUN di negeri ini.

Speaker DUN Perlis, Rus’sele Eizan berkata, keputusan itu dibuat selepas beliau membuat pertimbangan semula berdasarkan perkembangan politik semasa di peringkat negeri.

“Pada 29 Disember 2025, saya telah menghantar notis pemakluman kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Negeri Perlis mengenai keperluan mengadakan pilihan raya semula bagi mengisi tiga kekosongan luar jangka.

“Notis itu melibatkan tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas iaitu ADUN Chuping, Saad Seman; ADUN Bintong, Fakhrul Anwar Ismail dan ADUN Guar Sanji, Mohd Ridzuan Hashim,” katanya di Kompleks Seri Putra di sini hari ini.

Menurut beliau, pemakluman tersebut dibuat selaras Perkara 50A(1)(a)(ii) serta Fasal (5) Perkara 55 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perlis.

Bagaimanapun, katanya, perkembangan mutakhir termasuk kenyataan media rasmi Pas bertarikh 30 Disember 2025 yang memberi jaminan komitmen parti itu untuk meneruskan kelangsungan dan keberadaan Pas dalam Kerajaan Negeri Perlis telah diambil kira.

“Kenyataan media Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah turut memberi jaminan bahawa agenda perpaduan Perikatan Nasional akan diteruskan dengan kerajaan negeri masih mempunyai majoriti besar iaitu 11 daripada 15 ahli DUN.

“Keadaan itu menunjukkan majoriti DUN Perlis tidak terjejas walaupun wujud tiga kekosongan luar jangka berkenaan.

“Justeru, saya mendapati tiada lagi keperluan untuk diadakan pilihan raya semula bagi mengisi tiga kekosongan luar jangka tersebut,” katanya.

Sehubungan itu, Rus’sele berkata beliau telah menarik balik pemakluman mengenai keperluan PRK yang dibuat sebelum ini melalui proviso Fasal (5) Perkara 55 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perlis.

Keputusan penarikan balik pemakluman itu telah dimaklumkan kepada SPR Negeri Perlis melalui surat bertarikh 30 Disember 2025, manakala kekosongan luar jangka bagi DUN Chuping, Bintong dan Guar Sanji kekal berkuat kuasa.

Related Posts

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

KERALAM (INDIA) – Pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Mufti Besar India, Sheikh Abubakr Ahmad dijadual berlangsung di Keralam (sebelum ini dikenali sebagai Kerala) esok, dalam rangka lawatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

KOTA KINABALU – Program Kampung (Kg) Siaga 221 yang dilaksanakan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) penting dalam meningkatkan kesedaran dan kesiapsiagaan komuniti kampung menghadapi kemungkinan berlakunya bencana. Menteri di Jabatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan