Pas tidak sertai Exco Perlis, wakil sedia ada akan letak jawatan

PUTRAJAYA – Pas memutuskan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada parti itu tidak akan menganggotai Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) yang akan dibentuk oleh Menteri Besar Perlis yang baharu, Abu Bakar Hamzah.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, berkata semua anggota Exco sedia ada daripada parti itu akan melepaskan jawatan masing-masing sebagai tanda solidariti dan seiring peletakan jawatan bekas Menteri Besar daripada parti itu, Mohd Shukri Ramli.

“Pas komited untuk meneruskan kelangsungan dan keberadaan dalam kerajaan negeri Perlis selaras dengan mandat yang telah diberikan oleh rakyat pada PRU15.

“Namun pada masa sama Pas tidak akan menganggotai Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) yang akan dibentuk oleh Menteri Besar Perlis yang baharu dan semua anggota Exco sedia ada daripada Pas akan melepaskan jawatan masing-masing

“Ini adalah sebagai tanda solidariti dan seiring dengan peletakan jawatan mantan Menteri Besar yang lepas,” katanya menerusi kenyataan, pada Selasa.

Dalam pada itu, Takiyuddin berkata, Pas juga menegaskan komitmen untuk kekal selamanya menghormati lunas-lunas undang-undang,

“Pas juga menghormati prinsip-prinsip demokrasi, konsep Raja berperlembagaan serta kebijaksanaan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail demi kemaslahatan negeri dan rakyat,” katanya.

Ketika ini empat wakil Pas membarisi senarai Exco Perlis, selain kedudukan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Rus’sele Eizan.

Mereka ialah Wan Badariah Wan Saad yang juga ADUN Mata Ayer, Muhammad Azmir Azizan (Santan), Asrul Aimran Abd Jalil (Kayang) dan Razali Saad (Simpang Empat).

Berdasarkan kedudukan semasa Pas menguasai enam daripada keseluruhan 15 kerusi DUN di Perlis selepas tiga kerusi milik sebelum ini diisytiharkan kosong susulan kemelut politik yang melanda.

Sementara Bersatu memiliki lima kerusi dan baki satu lagi iaitu Indera Kayangan milik Pakatan Harapan (PH).

Related Posts

Guna mata pukat kurang 38 milimeter, vesel pukat tunda ditahan

LUMUT – Tindakan sebuah vesel pukat tunda Kelas C menggunakan mata pukat berukuran kurang daripada 38 milimeter membawa padah apabila ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) di perairan Pulau…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penjawat awam diingatkan tidak sambil lewa, terus tingkat keberkesanan – PM

PUTRAJAYA – Penjawat awam diingatkan supaya tidak bekerja sambil lewa atau berasa selesa dengan pencapaian yang telah diperoleh kerajaan pada ketika ini. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, prestasi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Guna mata pukat kurang 38 milimeter, vesel pukat tunda ditahan

Guna mata pukat kurang 38 milimeter, vesel pukat tunda ditahan

Penjawat awam diingatkan tidak sambil lewa, terus tingkat keberkesanan – PM

Penjawat awam diingatkan tidak sambil lewa, terus tingkat keberkesanan – PM

SWCS rayu KPDN pertimbang kelayakan subsidi bahan api kenderaan kebajikan

SWCS rayu KPDN pertimbang kelayakan subsidi bahan api kenderaan kebajikan

Keharmonian muafakat Jemaah Menteri di tahap baik – PMX

Keharmonian muafakat Jemaah Menteri di tahap baik – PMX

RM454 juta memang rekod, tetapi jangan hilangkan RM1.9 bilion daripada cerita

RM454 juta memang rekod, tetapi jangan hilangkan RM1.9 bilion daripada cerita

Malaysia atasi banyak negara maju, ketiga terbaik dunia untuk didiami pada 2026

Malaysia atasi banyak negara maju, ketiga terbaik dunia untuk didiami pada 2026