Abu Bakar angkat sumpah sebagai Menteri Besar Perlis baharu

ARAU – Kekosongan jawatan Menteri Besar Perlis akhirnya terjawab apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Perlis, Abu Bakar Hamzah, dilantik sebagai Menteri Besar Perlis yang baharu hari ini.

Pelantikan itu dimuktamadkan menerusi istiadat angkat sumpah jawatan di Istana Arau pada kira-kira pukul 4 petang. Istiadat berkenaan berlangsung di hadapan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail.

Abu Bakar yang juga Pengerusi Bersatu negeri serta Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Perlis menggalas tanggungjawab itu susulan peletakan jawatan Menteri Besar sebelum ini, Mohd. Shukri Ramli.

Mohd. Shukri mengumumkan peletakan jawatan secara sukarela atas faktor kesihatan pada Khamis lalu.

Sebelum istiadat pelantikan berlangsung, Raja Perlis berkenan mengadakan pertemuan dengan setiap ADUN secara berasingan bagi meneliti kedudukan sokongan di Dewan Undangan Negeri (DUN).

Pelantikan Abu Bakar sekali gus menamatkan spekulasi berhubung siapa yang akan menerajui pentadbiran negeri selepas kemelut politik yang melanda Perlis kebelakangan ini.

Sebelum ini, timbul spekulasi pertukaran Menteri Besar apabila lapan ADUN daripada Pas dan Bersatu didakwa mengemukakan akuan berkanun kepada pihak istana susulan dakwaan hilang kepercayaan terhadap kepimpinan ADUN Sanglang.

Situasi itu membawa kepada ketetapan Pas yang menyaksikan keahlian tiga ADUN Perlis terhenti serta-merta, sekali gus mencetuskan kekosongan luar jangka bagi tiga kerusi DUN berkenaan.

Speaker DUN Perlis kemudian memutuskan kekosongan tersebut dan memaklumkan perkara itu kepada Suruhanjaya Pilihan Raya untuk tindakan lanjut termasuk pilihan raya semula.

Pada Pilihan Raya Umum ke-15, PN memenangi 14 kerusi DUN Perlis merangkumi sembilan kerusi Pas dan lima kerusi Bersatu, manakala Pakatan Harapan memenangi satu kerusi menerusi DUN Indera Kayangan

Related Posts

Tampar cucu Nik Aziz, Azhar nafi dakwaan fitnah

BERUAS – Tokoh masyarakat dan politik, Datuk Dr Azhar Ahmad menafikan dakwaan tular yang mendakwa beliau bertindak agresif dengan menampar seorang pelajar yang juga cucu kepada bekas Menteri Besar Kelantan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kundasang berpotensi sebagai hab benih bawang merah negara

KUNDASANG – Projek Pengeluaran Benih Bawang Merah yang dibangunkan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) di Kampung Mesilou berpontensi menjadi hab pengeluaran strategik negara dalam usaha mengurangkan kebergantungan terhadap…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PRN Johor: Medan ujian politik baharu Malaysia

PRN Johor: Medan ujian politik baharu Malaysia

Tampar cucu Nik Aziz, Azhar nafi dakwaan fitnah

Tampar cucu Nik Aziz, Azhar nafi dakwaan fitnah

Kundasang berpotensi sebagai hab benih bawang merah negara

Kundasang berpotensi sebagai hab benih bawang merah negara

UMS perluas potensi sagu sebagai makanan masa depan menerusi pendekatan psikologi dan STEM

UMS perluas potensi sagu sebagai makanan masa depan menerusi pendekatan psikologi dan STEM

Bengkel lilin aromaterapi sempena KAWAN Jerantut dapat sambutan

Bengkel lilin aromaterapi sempena KAWAN Jerantut dapat sambutan

Lelaki OKU mental hilang sejak Sabtu, operasi SAR dilaksana

Lelaki OKU mental hilang sejak Sabtu, operasi SAR dilaksana