Reformasi berani, dasar stabil perkukuh kejayaan MADANI – PMX

KEJAYAAN Kerajaan MADANI hari ini adalah hasil kestabilan dasar, keberanian melaksanakan reformasi serta kepercayaan yang diberikan oleh rakyat, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Di dalam negara, ekonomi terus diperkukuh melalui pelaburan berkualiti, penciptaan peluang pekerjaan dan agenda pertumbuhan yang inklusif,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook, hari ini.

Menurut Anwar, pendekatan berkenaan memastikan manfaat pembangunan tidak sekadar terhenti pada angka dan statistik, sebaliknya diterjemahkan kepada kesejahteraan keluarga serta peluang ekonomi baharu untuk rakyat.

Di peringkat antarabangsa pula, beliau berkata hubungan erat antara kerajaan dengan pelbagai negara dan kumpulan kepimpinan dunia telah membuka ruang pelaburan strategik, sekali gus memperkukuh kedudukan Malaysia di mata masyarakat antarabangsa.

“Segala pencapaian ini bukan sekadar angka dan statistik, tetapi diterjemahkan kepada manfaat nyata untuk rakyat,” katanya.

Sehubungan itu, Anwar menyatakan keyakinan bahawa dengan sokongan padu keluarga, sahabat dan seluruh rakyat Malaysia, Kerajaan MADANI akan terus melangkah ke hadapan.

“Saya percaya Kerajaan MADANI akan terus berkhidmat dengan amanah serta membina negara yang adil, makmur dan berdaya saing untuk semua,” katanya.

Related Posts

Fahmi seru semua pihak hayati titah Agong, junjung semangat Rukun Negara

KUALA LUMPUR – Semua pihak termasuk ahli politik perlu menghayati dan menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim yang mengingatkan rakyat mengenai kepentingan mengamalkan semangat serta nilai Rukun Negara dalam…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Platform media sosial wajib patuhi undang-undang Malaysia – Fahmi

KUALA LUMPUR – Semua platform media sosial yang beroperasi di Malaysia diwajibkan menghormati dan mematuhi undang-undang negara, khususnya yang melibatkan aspek keselamatan serta perlindungan kanak-kanak dalam persekitaran digital. Menteri Komunikasi,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PRN Johor: Medan ujian politik baharu Malaysia

PRN Johor: Medan ujian politik baharu Malaysia

Tampar cucu Nik Aziz, Azhar nafi dakwaan fitnah

Tampar cucu Nik Aziz, Azhar nafi dakwaan fitnah

Kundasang berpotensi sebagai hab benih bawang merah negara

Kundasang berpotensi sebagai hab benih bawang merah negara

UMS perluas potensi sagu sebagai makanan masa depan menerusi pendekatan psikologi dan STEM

UMS perluas potensi sagu sebagai makanan masa depan menerusi pendekatan psikologi dan STEM

Bengkel lilin aromaterapi sempena KAWAN Jerantut dapat sambutan

Bengkel lilin aromaterapi sempena KAWAN Jerantut dapat sambutan

Lelaki OKU mental hilang sejak Sabtu, operasi SAR dilaksana

Lelaki OKU mental hilang sejak Sabtu, operasi SAR dilaksana