Mayat kanak-kanak ‘hilang’ ditarik ombak besar ditemukan

BACHOK – Mayat seorang kanak-kanak lelaki ditemukan lemas pada jarak 1.5 kilometer dari Pantai Kemayang dekat sini, pagi tadi.

Mangsa, Muhamad Irfan Mohd Afendi, 9, dikatakan bermain air di kawasan pantai itu sebelum dihanyutkan ombak deras kira-kira jam 6.40 petang semalam.

Mayat Muhamad Irfan ditemukan orang awam jam 10.48 pagi di persisiran pantai Kampung Cerang Laut, dekat sini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bachok, Penolong Penguasa Bomba Ahmad Ridhuan Mohamad Ghazali berkata, mayat mangsa telah diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

“Sebelum itu, pada jam 9.37 pagi, anggota bomba dan polis telah melakukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) menggunakan dua bot secara ‘water surface’ di lokasi kejadian.

“Bagaimanapun, mayat mangsa ditemukan orang awam pada jam 10.48 pagi,” katanya, lapor Sinar Harian.

Ahmad Ridhuan berkata, seramai 16 anggota bomba lain-lain pangkat termasuk bomba sukarela terlibat dalam SAR.

Katanya, operasi SAR ia turut disertai anggota polis, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan Jabatan Sukarelawan Rakyat.

Dalam kejadian jam 6.45 petang semalam, Muhamad Irfan dilaporkan hilang selepas dipercayai dihanyutkan ombak besar.

Related Posts

Lawatan ke ESS Zone ruang wakil asing nilai tahap keselamatan Sabah Timur

SANDAKAN – Program lawatan ke Zon Selamat Timur Sabah (ESS Zone) yang disertai 14 wakil diplomatik dan perwakilan asing memberi peluang kepada wakil asing melihat sendiri tahap keselamatan, keamanan dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pelancong asing salah guna PLS untuk berniaga dikenakan tindakan tegas – Saifuddin

SANDAKAN – Kerajaan memberi amaran dengan mengambil tindakan tegas terhadap pelancong asing yang menyalahgunakan Pas Lawatan Sosial (PLS) untuk menjalankan aktiviti perniagaan di kawasan pelancongan. Menteri Dalam Negeri, Datuk Saifuddin…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan MADANI pastikan semua kaum, aliran pendidikan terbela – PMX

Kerajaan MADANI pastikan semua kaum, aliran pendidikan terbela – PMX

Lawatan ke ESS Zone ruang wakil asing nilai tahap keselamatan Sabah Timur

Lawatan ke ESS Zone ruang wakil asing nilai tahap keselamatan Sabah Timur

Peruntukan pertahanan dijangka terus dipertingkat dalam Belanjawan 2027 – Anwar

Peruntukan pertahanan dijangka terus dipertingkat dalam Belanjawan 2027 – Anwar

Pelancong asing salah guna PLS untuk berniaga dikenakan tindakan tegas – Saifuddin

Pelancong asing salah guna PLS untuk berniaga dikenakan tindakan tegas – Saifuddin

Bukan salah bangsa, tetapi cara kita berfikir

Bukan salah bangsa, tetapi cara kita berfikir

Pahang peruntuk RM12 juta untuk SUKMA, Para SUKMA Selangor

Pahang peruntuk RM12 juta untuk SUKMA, Para SUKMA Selangor